Palestin Akan Bebas: Ayatullah Syed Ali Khamenei

Palestin Akan Bebas: Ayatullah Syed Ali Khamenei

Pemimpin Revolusi Republuk Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei mengatakan bahawa bumi Palestin pada akhirnya akan bebas daripada cengkaman musuh sambil menekankan bahawa Baitulmuqaddis akan menjadi ibu negara negara itu di sebalik usaha keras Amerika Syarikat untuk memesongkan hakikat ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Republuk Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei mengatakan bahawa bumi Palestin pada akhirnya akan bebas daripada cengkaman musuh sambil menekankan bahawa Baitulmuqaddis akan menjadi ibu negara negara itu di sebalik usaha keras Amerika Syarikat untuk memesongkan hakikat ini.

Ayatullah Khamenei pada hari Khamis membuat kenyataan itu ketika berucap di dalam pertemuan dengan para qari Qur'an di Tehran sempena menyambut hari pertama bulan suci Ramadhan.

"Insyaallah, Palestina akan dibebaskan dari cengkaman musuh dan Amerika Syarikat serta sekutunya tidak akan dapat melakukan sesuatu yang benar-benar berkesan... ," kata Pemimpin.

Pemimpin itu turut mengecam pertumpahan darah terkini yang dilakukan oleh rejim Israel di Gaza, yang menyaksikan tentera rejim membunuh kira-kira 60 penunjuk perasaan Palestina dan mencederakan lebih daripada 2,700 yang lain pada 14 Mei lepas.

Ketika pertumpahan darah sedang berlaku, Amerika Syarikat telah memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis beberapa bulan selepas Washington mengumumkan bahawa mereka mengiktiraf bandar Palestin yang dijajahi itu sebagai "ibu kota" entiti Zionis.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky