Para Musuh Terancam Dengan Peningkatan Kuasa Pemerintahan Islam: Khamenei

Para Musuh Terancam Dengan Peningkatan Kuasa Pemerintahan Islam: Khamenei

Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah Seyyed Ali Khamenei mengatakan bahawa para musuh pemerintahan Islam di negara Timur Tengah itu khuatir dengan peningkatan kuasa Tehran sambil menambah bahawa mereka tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung perkembangan tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah Seyyed Ali Khamenei mengatakan bahawa para musuh pemerintahan Islam di negara Timur Tengah itu khuatir dengan peningkatan kuasa Tehran sambil menambah bahawa mereka tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung perkembangan tersebut.

Ayatollah Khamenei membuat kenyataan tersebut di dalam sebuah pertemuan yang berlangsung pada hari Ahad dengan sekumpulan pemerintah kanan Angkatan Tentera Iran.

Pemimpin Iran itu menyebutkan beberapa konsep termasuk kuasa, keselamatan, martabat dan memiliki keupayaan yang mencukupi pada saat diperlukan sebagai objektif utama Angkatan Bersenjata Negara Iran sambil menegaskan bahawa semua aktiviti yang dilakukan oleh pasukan tersebut harus ditumpukan untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan sebelum ini.

Merujuk kepada kedudukan atau martabat Republik Islam Iran pada masa ini, Ayatullah Khamenei berkata bahawa "alasan sebenar di sebalik serangan -yang sebelum ini belum pernah terjadi- terhadap pemerintahan Islam (di Iran) adalah peningkatan kuasa yang ditunjukkan oleh Tehran. Musuh sangat takut terhadap peningkatan kuasa ini sekaligus mendorong mereka untuk meningkatkan serangan (ke atas Republik Islam Iran)."

Ketika memperkecilkan usaha-usaha yang dilakukan oleh para musuh Republik Islam dalam rangka membendung peningkatan kuasa Tehran, pemimpin dunia itu turut berkata, "Di sebalik kesemua konspirasi (yang wujud) dan keberadaan para musuh, kuasa pemerintahan Islam akan terus meningkat dari hari ke hari.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky