Pelabelan IRGC Sebagai Kumpulan Pengganas Sebuah Kesilapan Besar: Presiden Rouhani

  • News Code : 859791
  • Source : ABNA24
Brief

Presiden Iran, Hassan Rouhani mengingatkan pentadbiran Washington supaya tidak melakukan kesilapan dengan melabelkan Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) sebagai pertubuhan pengganas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Iran, Hassan Rouhani mengingatkan pentadbiran Washington supaya tidak melakukan kesilapan dengan melabelkan Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) sebagai pertubuhan pengganas.

"Jika A.S membuat kesilapan semula dan mengambil tindakan terhadap IRGC, sepastinya perkara itu sebuah kesilapan yang besar," kata beliau ketika berucap di dalam mesyuarat kabinet yang berlangsung di Tehran pada hari Rabu.

Beliau juga berkata bahawa Washington sepastinya tersilap jikalau menganggap bahawa IRGC sebagai sebuah badan ketenteraan semata-mata. Ini kerana angkatan tentera itu sangat popular di kalangan warga awam Iran, Syria, Lubnan, Iraq dan umat Islam secara amnya memandangkan sumbangan besar pasukan itu di dalam mempertahankan mereka daripada kekejaman pengganas.

Sebelum itu, seorang pemerintah Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) berkata bahawa negaranya akan menganggap tentera Amerika Syarikat seperti pengganas Daesh jikalau Washington bertindak melabelkan Pengawal Revolusi sebagai kumpulan pengganas sambil menambah bahawa tiada kem tentera milik Pentagon di rantau itu yang akan selamat.

Mejar Jeneral, Mohammad Ali Jaafari membuat amaran itu pada hari Ahad setelah laporan menyatakan bahawa Presiden Donald Trump sedang bersiap-sedia untuk mengenakan tindakan baharu terhadap Iran termasuk pelabelan IRGC sebagai pertubuhan pengganas.

"Seperti yang pernah kami umumkan dahulu, jika undang-undang baharu A.S berhubung sekatan (ke atas Iran) dikuatkuasakan, negara ini akan memindahkan kem luar wilayahnya di luar radius jangkauan peluru berpandu Iran iaitu 2,000 km," lapor ISNA yang mengutip kata Jaafari.

Jeneral Jaafari merujuk kepada Akta Menghadapi Musuh A.S Melalui Sekatan (CAATSA) yang ditandatangani oleh Trump pada 2 Ogos lalu selepas mendapat kelulusan Senat. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram