Pelaburan Di Iran: Eropah Tertinggal Di Belakang China

  • News Code : 870756
  • Source : ABNA24
Brief

Petanda-petanda yang menunjukkan bahawa China sedang mengukuhkan kehadiran mereka di dalam ekonomi Iran melalui kempen pelaburan mereka melalui pembiayaan di dalam projek-projek infrastruktur di negara Timur Tengah itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Petanda-petanda yang menunjukkan bahawa China sedang mengukuhkan kehadiran mereka di dalam ekonomi Iran melalui kempen pelaburan mereka melalui pembiayaan di dalam projek-projek infrastruktur di negara Timur Tengah itu.

Reuters di dalam laporan terbaharu menukilkan komen pakar industri dan para pegawai yang mengatakan bahawa syarikat-syarikat milik negara China seperti CITIC Group dan China Development Bank akan menyuntik dana sebanyak USD 10 bilion dan USD 15 bilion secara turutan di dalam ekonomi Iran.

Laporan itu menambah dengan mengatakan bahawa syarikat-syarikat China itu datang untuk mengukuhkan pegangan mereka di dalam ekonomi Iran di sebalik ketakutan pelabur Eropah yang tidak mahu terkait dengan sekatan-sekatan yang diperkenalkan oleh Amerika Syarikat ke atas Tehran.

Para pegawai Iran berkata bahawa perjanjian itu adalah sebahagian daripada inisiatif bernilai USD 124 bilion Beijing untuk membina prasarana berkaitan dalam menyambung kembali jalan dagang darat di antara China dan Eropah.

"Firma barat harus datang ke Iran dengan pantas. Jika tidak China pasti akan mengambil alih (peranan) mereka," lapor Reuters yang menukilkan kata-kata Ferial Mostofi, ketua Dewan Perdagangan Iran. -ABNA24

/315


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram