Pembebasan Mosul Berita Gembira Untuk Semua: Rouhani

  • News Code : 841986
  • Source : ABNA24
Brief

Presiden Iran, Hassan Rouhani memuji pembebasan bandar utara Iraq, Mosul daripada cengkaman kumpulan pengganas Takfiri Daesh sambil berkata bahawa kemenangan itu adalah sebuah berita gembira untuk warga Iraq dan juga rantau Timur Tengah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Iran, Hassan Rouhani memuji pembebasan bandar utara Iraq, Mosul daripada cengkaman kumpulan pengganas Takfiri Daesh sambil berkata bahawa kemenangan itu adalah sebuah berita gembira untuk warga Iraq dan juga rantau Timur Tengah.

"Kemenangan bangsa Iraq ke atas para pengganas (Takfiri) Daesh dan pembebasan Mosul bukanlah berita gembira untuk seluruh warga Iraq sahaja. Akan tetapi, perkara itu juga adalah berita gembira untuk warga Iran dan seluruh rantau," kata Rouhani di dalam sebuah sesi kabinet pada hari Rabu.

Perdana Menteri Iraq, Haider Abadi pada hari Isnin mengumumkan secara rasmi berhubung kemenangan angkatan bersenjata negaranya ke atas Daesh di Mosul yang merupakan bandar kedua terbesar di Iraq. Bandar itu jatuh ke tangan para pengganas Takfiri Daesh pada Jun 2014.

Kemenangan itu menandakan sebuah penamat kepada kempen di bandar itu yang berlanjutan selama sembilan bulan.

Fakta bahawa negara Iran adalah negara pertama yang bergegas membantu warga Iraq di dalam kempen mereka memerangi pengganas akan kekal di dalam lipatan sejarah, kata Rouhani.

Presiden Rouhani juga berkata setiap kuasa yang memainkan peranan di dalam menggugah kestabilan di rantau itu sepanjang 16 tahun lepas melalui campur tangan ketenteraan di Afghanistan dan Iraq bukan sahaja gagal untuk memerangi pengganas, bahkan mereka juga bergembira dengan masalah baharu yang melanda rantau itu.

Beliau juga mempersalahkan sesetengah negara serantau yang menurutnya bertanggungjawab di dalam kekacauan yang wujud di Timur Tengah. Menurut Rouhani, negara-negara itu mempunyai tanggapan salah bahawa mereka boleh mencapai objektif mereka di rantau itu dengan menjadikan kumpulan pengganas sebagai sebuah instrumen kepada rancangan jahat mereka.

Rouhani turut berkata bahawa peperangan sebenar ke atas keganasan perlu difokuskan ke atas pembanterasan ideologi yang menyemarakkan perkara itu.

Majoriti kumpulan pengganas di Timur Tengah mendapat inspirasi mereka daripada ajaran Wahhabi yang tumbuh subur di negara Arab Saudi. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram