Pembebasan Mosul Hancurkan Plot A.S: Jeneral Iran

  • News Code : 841854
  • Source : ABNA24
Brief

Ketua Jurucakap Angkatan Tentera Iran berkata bahawa pembebasan Mosul daripada cengkaman pengganas Takfiri Daesh telah mengetuk loceng kematian bagi rancangan jahat Amerika Syarikat dan sekutunya di rantau Timur Tengah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ketua Jurucakap Angkatan Tentera Iran berkata bahawa pembebasan Mosul daripada cengkaman pengganas Takfiri Daesh telah mengetuk loceng kematian bagi rancangan jahat Amerika Syarikat dan sekutunya di rantau Timur Tengah.

"Negara serantau akan bertindak balas terhadap sebarang tindakan kekerasan dan akan memusnahkan musuh tanpa mengira jumlah mereka," kata Timbalan Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Brigadier Jeneral Massoud Jazayeri pada hari Selasa.

Beliau juga berkata bahawa gerakan menghalau keluar tentera upahan Amerika Syarikat dan rejim Timur Tengah di Iraq akan berulang di Syria dan Yaman.

"Keganasan di rantau ini bukanlah sesuatu yang terpisah daripada perang proksi A.S dan inilah sebabnya kenapa kekalahan mereka di beberapa lokasi utama Iraq khususnya di Mosul dianggap sebagai kekalahan A.S di rantau. Ini juga bermakna bahawa gerakan kebangkitan telah menang," kata pemimpin tentera itu. -ABNA24

/314


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram