Pembinaan Masyarakat Islam Perlukan Perjuangan Berterusan

  • News Code : 851104
  • Source : ABNA24
Brief

Pemimpin Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei berkata bahawa usaha membina masyarakat Islam dan mencipta kebiasaan yang bersifat revolusioner memerlukan perjuangan yang berterusan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei berkata bahawa usaha membina masyarakat Islam dan mencipta kebiasaan yang bersifat revolusioner memerlukan perjuangan yang berterusan.

Pemimpin dunia Islam itu membuat kenyataan tersebut di dalam sebuah pertemuan dengan pelajar-pelajar ilmu agama yang dilangsungkan di Tehran pada hari Isnin.

Ketika merujuk kepada tafsiran "salah" yang dibuat oleh sebahagian daripada penulis dan cendekiawan yang mengatakan bahawa Revolusi Islam telah tiba kepada penghujungnya, Khamenei berkata, "Setiap revolusi memansuhkan kebiasaan yang lepas dengan memperkenalkan kebiasaan yang baru dan usaha untuk mempertahankan kebiasaan yang baru tersebut adalah sangat penting bagi kelangsungan Revolusi (Islam)."

Beliau kemudian berkata bahawa sememangnya terdapat segelintir manusia yang cuba menghalang perjalanan revolusi dan dalam masa yang sama turut menentang kebiasaan yang cuba diperkenalkan oleh revolusi tersebut.

Menurut Khamenei, perkara itu adalah lumrah di dalam sebuah perjuangan dan sebagaimana kemenangan revolusi memerlukan pengorbanan, usaha untuk mengekalkan kelangsungannya juga memerlukan perkara yang sama.

Ketika berbicara tentang fasa pembinaan ketamadunan, Khamenei turut berkata, "Pemerintahan Islam dicipta berasaskan sebuah pergerakan revolusioner..."

"Akan tetapi, jalan yang perlu ditempuhi untuk tiba ke titik yang dikehendaki... masih jauh," sambung beliau.

Ayatullah Khamenei turut menekankan bahawa generasi muda "terdesak untuk mendengar idea yang baru dan Islam pula memiliki idea yang baru dan menarik di dalam lapangan kemanusiaan, kemasyarakatan dan politik."

Ramai penduduk dunia yang segera menerima gagasan dan idea Islam jikalau mereka menyedarinya, kata beliau lagi. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram