Penarikan A.S Dari Perjanjian Nuklear Sebuah Pengabaian Penuh Ke Atas Undang-Undang Antarabangsa

Penarikan A.S Dari Perjanjian Nuklear Sebuah Pengabaian Penuh Ke Atas Undang-Undang Antarabangsa

Iran menyifatkan keputusan Presiden AS Donald Trump untuk menarik diri dari perjanjian nuklear 2015 dan mengenakan semula sekatan berkaitan nuklear ke atas Tehran sebagai sebuah tindakan "unilateral dan menyalahi undang-undang" sekaligus menunjukkan "pengabaian sepenuhnya (Washington) terhadap undang-undang antarabangsa."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Iran menyifatkan keputusan Presiden AS Donald Trump untuk menarik diri dari perjanjian nuklear 2015 dan mengenakan semula sekatan berkaitan nuklear ke atas Tehran sebagai sebuah tindakan "unilateral dan menyalahi undang-undang" sekaligus menunjukkan "pengabaian sepenuhnya (Washington) terhadap undang-undang antarabangsa."

Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif membuat kenyataan itu dalam sepucuk surat yang ditulis kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres pada 10 Mei, dua hari selepas Trump menolak bantahan dan lobi terakhir oleh sekutu mereka di Eropah sebelum secara unilateral memutuskan untuk menarik diri dari kesepakatan nuklear bersejah yang dikenali secara rasmi sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA).

"Tindakan-tindakan tersebut merupakan penghinaan yang menyeluruh terhadap undang-undang antarabangsa dan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, menjejaskan prinsip penyelesaian damai bagi sebarang perselisihan, membahayakan konsep multilateralisme dan institusi-institusinya, (membawa) kemunduran kepada era unilateralisme, dan menggalakkan sikap tidak baik dan tidak sah," Zarif berkata dalam surat yang diterbitkan pada hari Isnin di laman web Kementerian Luar Iran.

Beliau menambah bahawa Republik Islam telah melaksanakan dengan teliti komitmennya di bawah perjanjian nuklear sepertimana yang telah disahkan secara berulang-kali oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram