Penerbangan Iran Tarik Balik Kenyataan

Penerbangan Iran Tarik Balik Kenyataan

Syarikat penerbangan Iran, Aseman Airlines menarik balik kenyataan awal yang menyebut semua 66 penumpang dan kru maut selepas pesawat milik syarikat itu terhempas di kawasan pergunungan Zagros, hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Syarikat penerbangan Iran, Aseman Airlines menarik balik kenyataan awal yang menyebut semua 66 penumpang dan kru maut selepas pesawat milik syarikat itu terhempas di kawasan pergunungan Zagros, hari ini.

Pesawat ATR -72 dilengkapi enjin berkembar berkenaan didakwa terhempas selepas berlepas dari Tehran berikutan cuaca buruk yang melanda kawasan pergunungan itu.

"Berdasarkan beberapa faktor di wilayah ini, kami menghadapi kesulitan untuk ke tempat kemalangan - sekali gus tidak dapat mengesahkan dengan tepat angka korban pesawat berkenaan," kata ketua perhubungan awam Aseman, Mohammad Tabatabaie pada agensi berita ISNA. - AFP


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky