Penjajahan Israel Tidak Akan Bertahan Lama: Iran

Penjajahan Israel Tidak Akan Bertahan Lama: Iran

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif mengatakan penjajahan Israel ke atas Palestin tidak akan bertahan lama.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif mengatakan penjajahan Israel ke atas Palestin tidak akan bertahan lama.

Zarif membuat kenyataan itu menerusi akaun Twitter rasminya pada hari Selasa sebagai tindak balas terhadap dakwaan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang mengatakan negara Republik Islam Iran bertanggungjawab ke atas "kegelapan" yang menyelimuti rantau Timur Tengah.

"Di sebalik tuduhan Netanyahu, hakikat menunjukkan bahawa pendudukan haram (ke atas wilayah Paletin) adalah isu sebenar yang menjadi inti kepada kebanyakan bencana di rantau kita. Sejarah turut menunjukkan bahawa penjajahan wilayah orang lain tidak pernah lestari, perkara ini merangkumi isu ini - dan sistem apartheid yang melestarikannya - akan tidak bertahan lama," tulis Zarif

Terdahulu, Netanyahu mendakwa Iran berusaha meluaskan pengaruhnya di Timur Tengah dan berhasrat untuk menguasai negara-negara serantau seperti Syria dan Yaman, Lubnan dan Iraq.

"Iran sedang membina empayar yang agresif; Iran, Iraq, Syria, Lubnan, Gaza, Yaman, yang banyak lagi negara lain," katanya di Washington, Selasa ketika menyampaikan ucapan Jawatankuasa Hal Ehwal Publik Israel (AIPAC).

Beliau juga mendakwa perjanjian nuklear yang dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA), telah menjadikan program nuklear Tehran lebih berbahaya.

Netanyahu juga memuji tindakan pentadbiran A.S yang mengancam untuk menarik diri dari perjanjian nuklear tersebut sambil menggambarkan perjanjian itu sebagai sebuah ancaman berbahaya ke atas keamanan di rantau ini. Dia mendakwa bahawa Tehran sedang berusaha untuk membangunkan peluru berpandu nuklear.

Iran dan kumpulan negara P5 + 1 yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Rusia, China, Perancis dan Britain serta Jerman - memeterai perjanjian nuklear pada bulan Julai 2015 dan mula melaksanakannya pada Januari 2016. Di bawah perjanjian itu, Iran telah membataskan program nuklearnya dan sebagai pertukaran, kumpulan P5+1 bersetuju untuk menamatkan semua sekatan berkaitan nuklear terhadap Tehran.








Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky