Penyertaan Beramai-Ramai Rakyat Di Dalam Pilihan Raya Tepis Ancaman Ke Atas Iran; Menteri Pertahanan

  • News Code : 830189
  • Source : ABNA24
Brief

Menteri Pertahanan Iran, Brigadier Jeneral Hossein Dehqan berkata bahawa jumlah pembuang undi yang tinggi di dalam pilihan raya di negara itu akan menjadi faktor utama yang akan menepis sebarang ancaman ke atas Republik Islam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Pertahanan Iran, Brigadier Jeneral Hossein Dehqan berkata bahawa jumlah pembuang undi yang tinggi di dalam pilihan raya di negara itu akan menjadi faktor utama yang akan menepis sebarang ancaman ke atas Republik Islam.

Dehqan membuat kenyataan itu ketika berucap di hadapan staf kementerian tersebut di Tehran pada hari Selasa. 

Dengan menyifatkan perkembangan di Timur Tengah sebagai sensitif dan rumit, Menteri Pertahanan Iran berkata bahawa A.S, rejim Israel dan Arab Saudi sedang merencanakan plot untuk memperpanjangkan krisis, peperangan dan pertumpahan darah di rantau melalui rangka kerja 'NATO Arab'.

Beliau mengatakan bahawa penyertaan warga Iran di dalam pilihan raya tersebut merupakan sebuah sokongan langsung mereka kepada angkatan tentera negara itu dalam rangka mempertahankan kedaulatan Republik Islam tersebut.

Iran akan menganjurkan pilihan raya itu pada 19 Mei nanti.

Pada 20 April lalu, Kementerian Dalam Negeri Iran telah mengumumkan senarai akhir calon presiden yang terdiri daripada enam orang. Akan tetapi, dua daripada mereka telahpun menarik diri dan menyatakan sokongan kepada calon yang lain. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram