Peranti Disyaki Bom Ditemui Di Isfahan

  • News Code : 855121
  • Source : ABNA24
Brief

Pasukan keselamatan Iran telah meletupkan sebuah bom yang ditemui di sebuah bandar negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan keselamatan Iran telah meletupkan sebuah bom yang ditemui di sebuah bandar negara itu.

Sebuah peranti yang disyaki sebagai sebuah bom telah ditemui pada malam Ahad di bawah sebuah kenderaan di bandar Najafabad yang terletak di wilayah Isfahan, Iran.

Seifollah Rashidzadeh yang merupakan seorang komander di dalam pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC) telah mengesahkan berita itu ketika bercakap kepada agensi berita Iran, Tasnim pada hari Isnin.

Beliau menjelaskan bahawa pasukan IRGC telah dikerahkan ke kawasan kejadian selepas polis menerima laporan berhubung dengan sebuah kereta yang diletakkan di kawasan kediaman awam secara mencurigakan.

Selepas mendapat pengesahan bahawa terdapat peranti yang disyaki sebagai bom telah dilekatkan pada kereta tersebut, skuad pemusnah bom IRGC telah dikerahkan ke kawasan tersebut. Mereka kemudiannya mendirikan perimeter keselamatan untuk mengurangkan risiko kepada orang awam.

Pada akhirnya keputusan dibuat untuk membawa peranti tersebut keluar dari kawasan kediaman itu berikutan risiko keselamatan yang masih wujud. Menurut Rashidzadeh, pakej itu telah dibawa ke lokasi yang tidak didiami di luar bandar dan diletupkan secara terkawal.

Bandar ini selamat dan segala-galanya terkawal, tambah beliau.

Setakat ini tdak jelas siapa yang bertanggungjawab ke atas insiden tersebut. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram