Perhimpunan Bantah Tunjuk Perasaan Ganas Di Iran

Perhimpunan Bantah Tunjuk Perasaan Ganas Di Iran

Warga awam turun ke jalan raya di beberapa buah bandar penting di Iran buat hari yang keempat dalam rangka menyatakan sokongan mereka kepada pemerintahan Islam di negara itu sambil mengecam tunjuk perasaan ganas yang tercetus pada minggu lepas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Warga awam turun ke jalan raya di beberapa buah bandar penting di Iran buat hari yang keempat dalam rangka menyatakan sokongan mereka kepada pemerintahan Islam di negara itu sambil mengecam tunjuk perasaan ganas yang tercetus pada minggu lepas.

Orang ramai pada hari Sabtu berkumpul di Tehran, Sari, Amol, Semnan, Ilam dan Kerman untuk menyatakan bantahan mereka kepada tunjuk perasaan ganas di negara itu. Mereka melaungkan slogan dan membawa sepanduk dalam rangka mengecam keganasan yang mewarnai tunjuk perasaan minggu lepas.

Menurut perkiraan, ribuan warga awam telah turut serta di dalam perhimpunan itu.

Iran pada minggu lepas menyaksikan protes aman yang membantah kenaikan harga barang dan situasi ekonomi yang mencengkam negara tersebut. Akan tetapi, beberapa individu yang dilaporkan membawa senjata berusaha untuk mengubah protes tersebut supaya menjadi ganas. Sebahagian besar penunjuk perasaan kemudiannya memilih untuk akur kepada perintah pihak berkuasa dengan meninggalkan tempat protes.

Menurut para pegawai Iran, beberapa penunjuk perasaan menggunakan pistol untuk menyerang polis serta orang awam.

Keganasan tersebut telah mengakibatkan puluhan warga awam terbunuh. -ABNA24


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram