Perjanjian Nuklear Iran, Pencapaian Penting Masyarakat Antarabangsa

  • News Code : 858801
  • Source : ABNA24
Brief

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov memuji perjanjian nuklear Iran yang dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) dengan menyifatkannya sebagai salah sebuah pencapaian terpenting masyarakat antarabangsa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov memuji perjanjian nuklear Iran yang dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) dengan menyifatkannya sebagai salah sebuah pencapaian terpenting masyarakat antarabangsa.

"Kami mendengar isyarat daripada Rumah Putih berhubung hasrat Presiden Trump untuk mengambil keputusan terakhir sama ada untuk meneruskan penyertaan (A.S) di dalam kesepakatan berhubung program nuklear Iran. Kami percaya bahawa kesepakatan ini merupakan salah sebuah pencapaian terpenting masyarakat antarabangsa," kata Lavrov di dalam sebuah forum yang dianjurkan di Astana, Kazakhstan pada hari Jumaat.

Ketua diplomat Rusia itu kemudiannya menuntut penyertaan A.S yang sebelumnya menandatangani perjanjian itu sambil mengatakan bahawa Washington adalah "faktor yang signifikan" di dalam pelaksanaan kesepakatan antarabangsa tersebut.

Sementara itu, seorang penggubal undang-undang kanan Rusia mengecam kenyataan Trump berhubung JCPOA sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai "provokatif dan tidak berasas."

"Kenyataan Trump berhubung Iran sangat membimbangkan. Tuduhan beliau bahawa Tehran gagal bertindak selari dengan semangat JCPOA bersifat sangat provokatif dan tidak berasas khususnya fakta menunjukkan bahawa tiada sebarang pencabulan dibuat ke atas perjanjian nuklear tersebut daripada pihak Iran," kata Ketua Majlis Berhubung Urusan Antarabangsa Parlimen Rusia, Leonid Slutsky pada hari Jumaat.

"Jika Washington mengambil keputusan untuk membatalkan perjanjian dengan Iran, perkara itu sekaligus akan menjadi sebuah pencabulan ke atas sebuah resolusi Majlis Keselamatan PBB yang sebelum ini diingatkan oleh ketua polisi luar EU, Frederica Mogherini," tambah Slutsky. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram