Perpaduan Penting Untuk Umat Islam: Syed Ali Khamenei

Perpaduan Penting Untuk Umat Islam: Syed Ali Khamenei

Pemimpin Revolusi Republik Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei menekankan perihal pentingnya konsep "perpaduan dan integriti" di kalangan negara-negara Islam ketika pihak musuh berusaha habis-habisan untuk menyemai benih perpecahan di kalangan umat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Republik Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei menekankan perihal pentingnya konsep "perpaduan dan integriti" di kalangan negara-negara Islam ketika pihak musuh berusaha habis-habisan untuk menyemai benih perpecahan di kalangan umat.

Ayatullah Khamenei membuat kenyataan itu dalam sebuah pertemuan dengan para peserta sidang kemuncak antarabangsa berhubung peranan Syiah dalam kemunculan dan perkembangan sains Islam, di Tehran pada hari Sabtu.

Walaupun cuba dinafikan oleh pihak Barat, "kebangkitan" dunia Islam pada ketika ini akan membuka jalan kepada kecenderungan yang lebih mendalam ke arah Islam sekaligus merangkul masa depan yang lebih baik, kata pemimpin itu.

Merujuk kepada usaha-usaha musuh untuk melagakan umat Islam di antara sama lain, Ayatullah Khamenei berkata, "Dalam keadaan sedemikian, apa-apa tindakan, yang akan menyebabkan umat Islam memperolehi pemahaman yang lebih baik tentang kemuliaan mereka sendiri serta sebarang tindakan yang akan membantu fokus mereka (secara automatiknya) akan menyumbang kepada perpaduan dan integriti umat Islam. "


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky