Program Peluru Berpandu Iran Tidak Cabuli Mana-Mana Sekatan PBB; Rusia

  • News Code : 810324
  • Source : ABNA24
Brief

Seorang diplomat kanan Rusia telah melahirkan rasa terkejutnya dengan tindakan provokasi daripada pentadbiran Washington berkaitan program peluru berpandu Iran sambil berkata bahawa aktiviti itu tidak mencabul mana-mana sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang diplomat kanan Rusia telah melahirkan rasa terkejutnya dengan tindakan provokasi daripada pentadbiran Washington berkaitan program peluru berpandu Iran sambil berkata bahawa aktiviti itu tidak mencabul mana-mana sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Berkenaan dengan bantahan ke atas pelancaran peluru berpandu Iran. Saya terkejut apabila mendengar beberapa pakar Amerika Syarikat yang bercakap di CNN sambil memanggilnya sebagai sebuah pencabulan terhadap sekatan Majlis Keselamatan PBB," kata Duta Rusia ke badan dunia itu, Vitaly Churkin di dalam sebuah temu ramah dengan RT.

Beliau merujuk kepada Resolusi 2231 yang diterima oleh Majlis Keselamatan pada Julai 2015 untuk mengesahkan perjanjian nuklear yang sebelumnya dipersetujui di antara Tehran dan kumpulan P5+1. Kumpulan itu terdiri daripada Rusia, China, Perancis, Britain, A.S dan Jerman.

Ketika menerangkan perincian resolusi itu, Churkin berkata bahawa dokumen itu hanya menuntut tehran untuk tidak menjalankan ujian ke atas peluru berpandu yang berkeupayaan membawa peledak nuklear sahaja.

"Sekatan itu sudah ada sebelumnya (perjanjian nuklear), kesemua sekatan itu telah ditamatkan," kata pegawai Rusia itu. "Secara teknikal dan perundangan, kamu tidak boleh mengatakan bahawa mereka telah mencabul sebarang bentuk sekatan."

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram