Referendum Kurdistan Sebuah Pengkhianatan: Imam Solat Jumaat Tehran

  • News Code : 858672
  • Source : ABNA24
Brief

Imam Solat Jumaat Tehran berkata bahawa pemerintah tempatan wilayah Kurdistan, Iraq telah melakukan pengkhianatan dengan mengabaikan saranan Baghdad dan negara-negara jiran apabila menganjurkan referendum pemisahan wilayah itu daripada kerajaan pusat Iraq.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Imam Solat Jumaat Tehran berkata bahawa pemerintah tempatan wilayah Kurdistan, Iraq telah melakukan pengkhianatan dengan mengabaikan saranan Baghdad dan negara-negara jiran apabila menganjurkan referendum pemisahan wilayah itu daripada kerajaan pusat Iraq.

Ayatullah Syed Ahmad Khatami menyatakan perkara itu di dalam khutbah kedua beliau di Tehran pada hari Jumaat ini (6/10). Beliau turut mengatakan bahawa tiada sebarang negara di dunia ini yang menyokong referendum tersebut.

"Kerjasama dan kesepakatan di antara Republik Islam Iran, Iraq dan Turki adalah sebuah langkah yang berkesan dalam menangani konspirasi referendum wilayah Kurdistan, Iraq secara serius," tambah beliau.

Di dalam kesempatan yang sama, Ayatullah Khatami turut mengecam serangan maut yang berlaku di Las Vegas, Amerika Syarikat pada minggu ini.

"Republik Islam Iran mengutuk sebarang bentuk pembunuhan warga awam yang tidak berdosa di belahan dunia manapun. Akan tetapi (kami yakin) bahawa A.S dan negara Barat perlu menamatkan pendekatan berat sebelah di dalam menilai pembunuhan warga awam lain di seluruh dunia termasuk yang berlaku di Yaman," katanya. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram