Rouhani Gesa Dialog Untuk Selesaikan Masalah Serantau

  • News Code : 870743
  • Source : ABNA24
Brief

Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata bahawa negara-negara serantau perlu mengiktiraf kepentingan setiap negara lain dalam rangka menyelesaikan masalah mereka melalui dialog tanpa perlu mengundang campur tangan kuasa asing.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata bahawa negara-negara serantau perlu mengiktiraf kepentingan setiap negara lain dalam rangka menyelesaikan masalah mereka melalui dialog tanpa perlu mengundang campur tangan kuasa asing.

"Kami percaya bahawa jika terdapat masalah di rantau ini, perkara itu boleh diselesaikan melalui perundingan dan kita tidak memerlukan senjata dan campur tangan kuasa asing untuk mencari penyelesaiannya," kata beliau pada hari Ahad ketika menyertai majlis pelancaran pelabuhan baharu di bandar Chabahar.

"Negara-negara serantau perlu mengiktiraf kepentingan mereka sesama sendiri. Agama perlu mengiktiraf agama yang lain. Kita perlu mengiktiraf kaum yang ada di rantau ini, kepentingan negara lain dan kumpulan etnik serta budaya yang wujud di dalam kebudayaan kebangsaan negara-negara serantau," tambahnya.

Menurut beliau, kemenangan ke atas kumpulan pengganas Takfiri Daesh baru-baru ini telah membuka jalan bagi Timur Tengah untuk melangkaui konflik lepas, persepsi bahawa kawasan ini merupakan medan peperangan di antara kaum Syiah dan Sunni dan bahawa (Timur Tengah) adalah sebuah rantau yang tersedia untuk campur tangan kuasa asing.

"Tiada siapa yang patut dihalang daripada matlamat mereka oleh pihak yang lain melalui kekerasan, kemarahan, slogan dan keganasan. Jika ada yang berfikir bahawa agamanya lebih baik, maka dia sepatutnya menunjukkan perkara itu melalui praktiknya dan bukan melalui kata-kata. Kita perlu menunjukkan bahawa agama kita adalah agama yang terbaik melalui praktik dan dalam masa yang sama menghormati yang lain," tambahnya lagi.

"Apa yang penting bagi kami ialah setiap individu sepatutnya berfikir berhubung soladiriti, perpaduan ...," kata Rouhani.

"Tiada cara lain melainkan melalui moderasi. Ekstremisme dan keganasan, apapun namanya dan di mana-manapun akan hanya membawa kerosakan dan kemusnahan," kata beliau.

"Tiada negara di rantau ini yang boleh mendakwa bahawa mereka adalah kuasa yang lebih kuat dan negara lain perlu akur dan mematuhinya kerana kuasa-kuasa besar lain juga gagal melaksanakan impian sebegini," tambahnya lagi.

Rouhani berkata bahawa kekuatan negara-negara serantau akan meyumbang kepada kekuatan rantau Timur Tengah dan jika rantau ini aman dan kuar, setiap individu akan meraih manfaat daripada perkara itu. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram