Rundigan Perkakasan A.S Untuk Hancurkan Sebarang Rintangan: Khamenei

Rundigan Perkakasan A.S Untuk Hancurkan Sebarang Rintangan: Khamenei

Pemimpin Revolusi Republik Islam Iran Ayatullah Syed Ali Khamenei mengatakan bahawa Amerika Syarikat menggunakan rundingan sebagai perkakasan untuk menghancurkan sebarang rintangan kepada matlamat mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Republik Islam Iran Ayatullah Syed Ali Khamenei mengatakan bahawa Amerika Syarikat menggunakan rundingan sebagai perkakasan untuk menghancurkan sebarang rintangan kepada matlamat mereka.

Beliau yang bercakap di hadapan hadirin sebuah perjumpaan di Tehran pada hari Isnin berkata bahawa asas kepada sesebuah rundingan adalah konsep "memberi dan menerima" yang mana tasawwur tersebut sudahpun menjadi adat di dalam dunia politik. Akan tetapi, "Berbekalkan kepada kekuatan politik, propaganda dan jentera kewangan mereka, Amerika Syarikat cuba untuk menghancurkan sebarang rintangan terhadap matlamat mereka di dalam setiap rundingan yang mereka sertai," kata pemimpin itu.

"Mereka sejak awal lagi telah menetapkan matlamat utama mereka. Sudah tentu, mereka tidak mengisytiharkan secara terang-terangan kesemua matlamat tersebut sepanjang proses rundingan. Akan tetapi, (mereka) mengejar [usaha untuk merealisasikan] kesemua (matlamat itu) melalui kaedahtawar-menawar semasa proses rundingan. Perkara kedua (yang harus diketahui) adalah pihak Amerika Syarikat tidak akan pernah berundur sedikitpun daripada matlamat utama ini," tambah beliau lagi.

Pemimpin itu berkata, "Semasa proses rundingan, pihak A.S hanya akan menabur janji dengan menggunakan kata-kata jaminan. Akan tetapi, (di sebalik semua itu) mereka sebenarnya hanya mahukan pihak yang lain sahaja yang benar-benar memberikan konsesi dan mereka sendiri tidak pernah bersedia untuk menerima janji semata-mata."

Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata demikian dengan merujuk kepada tindakan A.S yang meninggalkan kesepakatan nuklear Iran tahun 2015 selepas bertahun berunding dengan pelbagai pihak dan akhirnya dipersetujui di bawah pentadbiran nekas Presiden Barrack Obama. Kini, Presiden Donald Trump, mengajak semula Iran untuk berunding terus dengan mereka selepas beliau sendiri menarik Washington keluar daripada perjanjian tersebut.

Iran menganggap pelawaan Trump itu tidak jujur dan berunsur retorik semata-mata.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky