Rusia Kunci Kelestarian JCPOA: Presiden Rouhani

Rusia Kunci Kelestarian JCPOA: Presiden Rouhani

Presiden Iran Hassan Rouhani berkata bahawa negara Rusia memainkan peranan utama dalam memastikan kelestarian perjanjian nuklear Tehran selepas Washington menarik diri secara unilateral daripada kesepakatan antarabangsa itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Iran Hassan Rouhani berkata bahawa negara Rusia memainkan peranan utama dalam memastikan kelestarian perjanjian nuklear Tehran selepas Washington menarik diri secara unilateral daripada kesepakatan antarabangsa itu.

Republik Islam Iran pada tahun 2015 menandatangani perjanjian tersebut bersama kumpulan 5+1 yang turut melibatkan Moscow.

Rouhani membuat kenyataan itu dalam pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin ketika menghadiri sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di bandar pelabuhan China Qingdao pada hari Sabtu semalam.

Presiden Iran memuji peranan utama Moscow di dalam menjayakan perjanjian nuklear tersebut. Perjanjian itu secara rasmi dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA). A.S sebelum ini menarik diri daripada perjanjian itu di sebalik pengesahan IAEA yang menegaskan bahawa Tehran setakat ini mematuhi komitmen mereka terhadap perjanjian itu.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky