Rusia, Turki, Iran Sepakat

Rusia, Turki, Iran Sepakat

Teheran, Moscow dan Ankara, semalam mengesahkan komitmen mereka terhadap kedaulatan, kemerdekaan, perpaduan dan integriti Damsyik selain berikrar memperkuatkan koordinasi trilateral bagi mencari penyelesaian mampan terhadap krisis berlarutan di negara bergolak itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Teheran, Moscow dan Ankara, semalam mengesahkan komitmen mereka terhadap kedaulatan, kemerdekaan, perpaduan dan integriti Damsyik selain berikrar memperkuatkan koordinasi trilateral bagi mencari penyelesaian mampan terhadap krisis berlarutan di negara bergolak itu.

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif, rakan sejawatannya dari Rusia, Sergei Lavrov dan Mevlut Cavusoglu dari Turki yang bertindak sebagai penjamin gencatan senjata Syria turut mengeluarkan kenyataan bersama.

Menerusi kenyataan itu, mereka menzahirkan kesungguhan untuk meningkatkan koordinasi tiga pihak berdasarkan kenyataan bersama dikeluarkan Presiden Iran, Hassan Rouhani bersama rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin dan Recep Tayyip Erdogan dari Turki pada November 2017 dan April 2018.

"Menteri terbabit sepakat untuk meningkatkan usaha bersama bertujuan memudahkan mencapai penyelesaian politik di Syria yang dijangkakan Resolusi 2254 Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dan mekanisme pelbagai peringkat format Astana," jelas kenyataan itu lagi.

Zarif menegaskan pendekatan ketenteraan tidak akan menyelesaikan krisis di Syria kerana campur tangan seumpama itu hanya akan memburukkan lagi penderitaan di negara konflik.

Difahamkan, ketiga-tiga menteri luar itu sebulat suara untuk mengadakan mesyuarat antarabangsa berhubung Syria di Astana pada bulan depan.

Selain itu, mereka juga bersetuju mengadakan konsultasi peringkat tertinggi secara kerap bersama Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dan Wakil Khas di Damsyik, Staffan de Mistura. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky