Segitiga Musuh Cipta Kekacauan Di Iran Baru-Baru Ini: Khamenei

Segitiga Musuh Cipta Kekacauan Di Iran Baru-Baru Ini: Khamenei

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei berkata bahawa "segitiga" musuh -Amerika Syarikat dan Israel di satu sudut, negara kaya di Teluk Parsi di satu sudut dan pertubuhan MKO di sudut yang lain- telah berusaha untuk mencetuskan kekacauan dan keganasan di Iran sejak beberapa bulan lepas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei berkata bahawa "segitiga" musuh -Amerika Syarikat dan Israel di satu sudut, negara kaya di Teluk Parsi di satu sudut dan pertubuhan MKO di sudut yang lain- telah berusaha untuk mencetuskan kekacauan dan keganasan di Iran sejak beberapa bulan lepas.

Ayatullah Khamenei membuat kenyataan itu pada hari Selasa di dalam pertemuan dengan sekumpulan warga Qom sempena memperingati hari ulang tahun kebangkitan bandar itu padun tahun 1978 di dalam menentang pemerintahan diktator Syah Iran.

"Plot telah dirancang oleh A.S dan pihak Zionis. Mereka sudah berusaha sejak beberapa bulan lepas dan bermula daripada beberapa bandar kecil sebelum berpindah ke pusat bandar. Wang tunai -pembiayaan- datang dari negara yang terletak di pesisiran Teluk Parsi. Sudah pasti projek sedemikian memerlukan biaya. Akan tetapi, Amerika Syarikat tidak bersedia untuk membiayai projek itu selagi mereka memiliki sekutu kaya seperti ini," kata Khamenei.

Menurut Ayatullah Khamenei, sisi ketiga segitiga itu dibentuk oleh pertubuhan Mujahedin-e Khalq (MKO) yang bertindak sebagai ajen lapangan buat pakatan itu.

Warga awam walaubagaimanapun telah menjauhkan diri mereka daripada para perosak sejurus selepas mengetahui motif mereka, kata Khamenei.

Beliau turut memuji warga Iran yang memberikan respon benar dan tepat pada masa ketika berhadapan dengan ancaman para perosak tersebut.

"Perkara ini bukanlah sesuatu yang biasa. (Perkara ini) tidak berlaku di mana-mana tempatpun di dunia," kata beliau yang merujuk kepada perhimpunan warga Iran yang menyusul selepas protes ganas di dalam menyatakan sokongan mereka kepada sistem kepimpinan negara tersebut dan menolak sebarang bentuk keganasan dan kekacauan di negara Timur Tengah itu.

"Ia bukan satu perkara yang akan hanya memakan masa selama setahun, dua tahun atau lima tahun. (Perkara ini adalah) sebuah pertempuran di antara bangsa ini dan bangsa yang bermusuhan dengan mereka; pertempuran di antara bangsa Iran dan bangsa yang bermusuhan dengan Iran; pertempuran di antara Islam dan mereka yang bermusuhan dengan Islam," katanya. -ABNA24


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky