Serangan Pengganas Ke Atas Perbarisan Tentera Di Iran

Serangan Pengganas Ke Atas Perbarisan Tentera Di Iran

Jumlah kematian akibat serangan pengganas ke atas acara perbarisan tentera di bandar Ahvaz telah meningkat kepada 25 orang, lapor pegawai tempatan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jumlah kematian akibat serangan pengganas ke atas acara perbarisan tentera di bandar Ahvaz telah meningkat kepada 25 orang, lapor pegawai tempatan.

Timbalan Gabenor Wilayah Khuzestan, Ali Hossein Hosseinzadeh juga berkata sekitar 60 orang turut mengalami kecederaan di dalam serangan pengganas yang dilancarkan pada hari ini.

Para pengganas melepaskan tembakan ke atas orang ramai dari belakang tempat duduk para hadirin yang terletak di Jalan Qods, Ahvaz. Serangan itu dilancarkan ke atas sebuah acara perbarisan tentera yang dianjurkan untuk memperingati pencerobohan tentera Iraq di bawah kepimpinan Saddam Hussein ke atas negara Iran pada sekitar tahun 1980-an.

"Para individu yang menyamar sebagai Pengawal Revolusi Islam Iran dan unit Basij mula menembak ke arah para pegawai dan orang ramai dari belakang tempat duduk hadirin, sekaligus menyebabkan beberapa orang yang tidak berdosa termasuk para wanita dan kanak-kanak yang mereguk kesyahidan atau mengalami kecederaan," kata Gabenor Wilayah Khuzestan, Gholamreza Shariati.

Sementara itu, sebahagian media Barat menyatakan bahawa korban serangan tersebut hanya melibatkan anggota tentera Republik Islam tanpa menyebut kematian di pihak warga awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

Mereka juga tidak menyifatkan serangan itu sebagai aksi keganasan di sebalik karaktersik serangan dan kumpulan yang mengaku bertanggungjawab ke atas insiden itu.

Dua daripada empat penyerang itu mati ditembak oleh pegawai keselamatan Republik Islam Iran dan dua lagi berjaya ditahan oleh pihak berkuasa.

Kumpulan al-Ahvaziya yang dibiayai oleh rejim Arab Saudi dilaporkan bertanggungjawab ke atas serangan keganasan itu.

Setakat ini Rusia dan Iraq telah menngecam serangan tersebut. Presiden Rusia, Vladimir Putin turut menyatakan kesediaan pentadbirannya untuk bekerjasama dengan rapat dengan Tehran di dalam menangani isu keganasan. Agensi/Press TV

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky