Serangan Tingkatkan Kebencian Rakyat Ke Atas Amerika Dan Ajennya: Khamenei

  • News Code : 835386
  • Source : ABNA24
Brief

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei telah menulis surat takziah kepada mereka yang terselamat daripada serangan berkembar pengganas di Tehran sambil memberitahu mereka bahawa jenayah sedemikian tidak akan menggugah keazaman warga Iran.

Agensi Berita Ahlul Bait - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei telah menulis surat takziah kepada mereka yang terselamat daripada serangan berkembar pengganas di Tehran sambil memberitahu mereka bahawa jenayah sedemikian tidak akan menggugah keazaman warga Iran.

Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dan lebih daripada 50 yang lain mengalami kecederaan di Tehran berikutan serangan pengganas di bangunan parlimen negara itu dan di Makam Imam Khomeini pada hari Rabu.

Insiden itu menurut beliau merupakan sebuah petunjuk jelas kepada permusuhan dan niat jahat para ajen musuh dengan warga Iran, revolusi, sistem Islam dan juga pengasas Republik Islam itu sendiri.

Kumpulan pengganas Takfiri Daesh setaakt ini telah mengaku bertanggungjawab ke atas serangan berdarah tersebut.

"Hasil yang pasti daripada serangan ini tidak lain tidak bukan adalah peningkatan kebencian (warga Iran) ke atas kerajaan Amerika Syarikat dan ajen mereka di rantau ini seperti Arab Saudi," kata Khamenei.

Serangan itu menarik kritikan keras masyarakat antarabangsa ke atas keganasan global. Akan tetapi, Presiden Donald Trump mengatakan bahawa Iran telah mendapat balasan yang selayaknya berikutan serangan itu setelah lama menaja keganasan. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram