Tehran Kesal Dengan Tindakan Paris Mengizinkan MKO Beroperasi Di Negara Mereka

  • News Code : 839917
  • Source : ABNA24
Brief

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif menyatakan kekesalan beliau berhubung tindakan kerajaan Perancis yang membenarkan pertubuhan pengganas Mujahehin-e Khalq untuk beroperasi di negara Eropah tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif menyatakan kekesalan beliau berhubung tindakan kerajaan Perancis yang membenarkan pertubuhan pengganas Mujahehin-e Khalq untuk beroperasi di negara Eropah tersebut.

Kehadiran dan operasi MKO di Perancis dianggap Iran sebagai batu penghalang kepada hubungan baik di antara Tehran dan Paris, kata Zarif kepada wartawan IRIB di dalam sebuah temu ramah yang diterbitkan pada hari Sabtu, sehari selepas beliau menamatkan lawatan dua harinya ke ibu kota negara Eropah itu.

"Sepanjang perbincangan kami dengan para pegawai Perancis, kami mengutarakan isu ini sebagai titik yang meragukan di dalam hubungan kedua-dua pihak dan mereka pula menekankan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kumpulan ini (MKO)," kata Zarif.

Beliau turut menambah bahawa sifat pertubuhan MKO bukanlah sesuatu yang misteri kepada sesiapapun sambil berkata bahawa kesemua negara Eropah serba maklum dengan aktiviti keganasan kumpulan ini.

Menteri Luar Iran itu turut menyuarakan kekesalan beliau berhubung tindakan "sesetengah rejim di rantau itu yang memanfaatkan kumpulan ini sepertimana yang pernah mereka lakukan pada ketika dahulu."

Zarif menambah bahawa Republik Islam Iran sedia maklum bahawa Arab Saudi sudah lama bersubahat dengan MKO dan memberikan bantuan kewangan kepada mereka sejak Iraq menyerang Iran pada tahun 80-an.

Rejim Riyadh pada tahun lepas telah mengambil keputusan radikal dengan mengumumkan secara terbuka berkaitan hubungan mereka dengan MKO apabila mereka menghadiri perjumpaan kumpulan tersebut.

Kumpulan pengganas MKO pada hari Sabtu mengadakan perjumpaan mereka di Paris yang mana perhimpunan itu turut dihadiri oleh bekas pegawai Amerika Syarikat, Eropah, Arab Saudi termasuk bekas ketua perisik Riyadh, Turki al-Faisal.

Bandar Paris pada 9 Julai 2016 turut menyaksikan perhimpunan tahunan kumpulan itu yang turut dihadiri oleh Faisal.

Zarif mengatakan bahawa tindakan sedemikian menunjukkan keterdesakan musuh kepada Republik Islam Iran yang tidak mempunyai pilihan lain selain daripada bergantung kepada kumpulan yang tidak mempunyai sebarang tempar di dalam hati warga Iran dalam rangka mencapai tujuan mereka.

MKO sangat dibenci di Iran kerana sejarah hitam pertubuhan itu yang terlibat di dalam misi pembunuhan serta persekongkolan mereka dengan rejim Saddam Hussein ketika Iraq menyerang Iran pada tahun 80-an. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram