Tiada Hubungan Diplomatik Di Antara Tehran Dan Washington

  • News Code : 814096
  • Source : ABNA24
Brief

Kementerian Luar Iran berkata bahawa Republik Islam itu tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Amerika Syarikat yang baharu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kementerian Luar Iran berkata bahawa Republik Islam itu tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Amerika Syarikat yang baharu.

"Apa sahaja yang telah dilakukan setakat ini (dari aspek hubungan dua hala) hanya berkaitan dengan (kerangka kerja) JCPOA (perjanjian nuklear)," kata jurucakap kementerian luar negara itu, Bahram Qassemi. Perjanjian itu ditandatangani di antara Iran dan kumpulan P5+1. Amerika Syarikat adalah salah sebuah negara daripada kumpulan itu.

Menurut Qassemi, sebarang perbincangan di antara Tehran dan Washington hanya berputar sekitar program nuklear Iran sahaka.

Qassemi membuat kenyataan itu ketika disoal tentang sebarang bentuk komunikasi yang wujud di antara Tehran dan pentadbiran Presiden Donald Trump.

Iran dan 5 buah negara ahli tetap Majlis Keselamatan PBB - Amerika Syarikat, Perancis, Britain, Persekutuan Rusia dan China- dan juga Jerman menandatangani JCPOA pada 14 Julai 2015 dan mula melaksanakannya pada 16 Januari tahun 2016.

Di bawah perjanjian itu, Iran bersetuju untuk menghadkan program nuklearnya dengan harapan sebarang sekatan berkaitan program nuklear itu akan segera ditamatkan oleh pihak terbabit.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram