Tiada Yang Tersisa Dari JCPOA Jika A.S Tinggalkannya: Larijani

Tiada Yang Tersisa Dari JCPOA Jika A.S Tinggalkannya: Larijani

Speaker Parlimen Iran mengatakan bahawa perjanjian nuklear tahun 2015 tidak akan lagi mempunyai sebarang erti jika Amerika Syarikat bertindak meninggalkannya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Speaker Parlimen Iran mengatakan bahawa perjanjian nuklear tahun 2015 tidak akan lagi mempunyai sebarang erti jika Amerika Syarikat bertindak meninggalkannya.

Ali Larijani di dalam sebuah pertemuan dengan Speaker Dewan Rendah Rusia, Vyacheslav Volodin mengecam tindakan Washington yang menurutnya berulang-kali mencabuli perjanjian nuklear itu sejak diperkuatkuasakan pada tahun 2016, lapor Press TV.

"Jika A.S meninggalkan kesepakatan JCPOA, tiada apa yang akan tersisa daripada perjanjian itu," kata Larijani.

Kedua-dua anggota kanan parlimen masing-masing turut berbincang berkaitan dengan hubungan bilateral kedua-dua buah negara dan polisi permusuhan Washington ke atas Tehran dan Moscow.

Larijani menambah dengan mengatakan; "Kami mengucapkan terima kasih kepada Rusia kerana pendirian mereka (berhubung JCPOA) dan penghargaan dari kami juga buat (Menteri Luar Rusia) Sergei Lavrov yang turut serta di dalam mesyuarat P5+1 di New York." -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky