Timbalan Presiden Iran Tarik Diri Daripada Pilihan Raya Presiden, Sokong Rouhani

  • News Code : 830179
  • Source : ABNA24
Brief

Es'haq Jahangiri, Timbalan Presiden Pertama Iran yang juga merupakan salah seorang daripada calon presiden di dalam pilihan raya presiden ke-12 di negara itu telah menarik diri daripada pencalonannya. Beliau kemudiannya menyatakan sokongannya kepada Presiden Hassan Rouhani yang bertanding untuk mempertahankan jawatannya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Es'haq Jahangiri, Timbalan Presiden Pertama Iran yang juga merupakan salah seorang daripada calon presiden di dalam pilihan raya presiden ke-12 di negara itu telah menarik diri daripada pencalonannya. Beliau kemudiannya menyatakan sokongannya kepada Presiden Hassan Rouhani yang bertanding untuk mempertahankan jawatannya.

Beliau membuat pengumuman untuk menarik diri daripada pilihan raya itu pada hari Selasa di Syiraz. Menurut beliau, tindakan itu akan memberikan peluang yang lebih baik untuk Rouhani mempertahankan jawatannya.

"Saya rasakan bahawa saya perlu menunaikan tanggungjawab saya sekaligus menarik balik pencalonan saya dalam rangka mencurahkan sokongan kepada Rouhani..," katanya.

Jahangiri turut menyeru kesemua pihak untuk turun ke pusat membuang undi di dalam pilihan raya presiden ke-12 itu.

Jahangiri mengeluarkan kenyataan itu selepas Majlis Tertinggi Penggubal Polisi bagi kumpulan Reformis mengutuskan sepucuk surat kepada beliau yang memintanya untuk menarik diri daripada pilihan raya itu bagi memperkukuhkan peluang Rouhani.

Majlis tersebut kemudiannya memuji tindakan Jahangiri. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram