Timur Tengah Perlu Selesaikan Masalah Mereka Sendiri: Presiden Rouhani

  • News Code : 863608
  • Source : ABNA24
Brief

Presiden Iran, Hassan Rouhani memanggil negara-negara serantau untuk cuba menyelesaikan masalah mereka melalui dialog dalam rangka mengelakkan campur tangan kuasa asing di rantau itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Iran, Hassan Rouhani memanggil negara-negara serantau untuk cuba menyelesaikan masalah mereka melalui dialog dalam rangka mengelakkan campur tangan kuasa asing di rantau itu.

Presiden Rouhani membuat kenyataan itu selepas pertemuan dengan ketua Badan Kehakiman Iran, Sadeq Larijani dan speaker parlimen negara itu, Ali Larijani pada hari Isnin.

Beliau menambah dengan mengatakan bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya sentiasa berusaha untuk menyebarkan keganasan dan mewujudkan ketidakstabilan serta suasana tidak aman di Timur Tengah.

Presiden Rouhani turut berkata bahawa kuasa Barat juga gigih dalam usaha mereka untuk mewujudkan perpecahan di rantau itu dalam rangka mempertingkatkan penjualan senjata ke Timur Tengah.

"Kami percaya bahawa isu serantau perlu ditangani oleh negara-negara di rantau itu sendiri," tegas beliau. "Sebarang usaha oleh kuasa angkuh dunia untuk mengubah sempadan geografi di Timur Tengah ternyata telah menemui kegagalan," tambahnya.

Rouhani juga berkata bahawa pendirian pentadbiran Presiden Donald Trump berhubung perjanjian nuklear (JCPOA) merupakan sebuah plot Washington untuk menabur benih perpecahan di kalangan bangsa Iran khususnya berkaitan dengan pandangan umum ke atas pencapaian ekonomi Republik Islam itu.

Iran pada tahun 2015 telah menandatangani perjanjian nuklear dengan kumpulan P5+1 yang terdiri daripada negara A.S, Britain, Rusia, China, Perancis dan Jerman. Menurut perjanjian itu, Iran bersetuju untuk menghadkan program nuklearnya dan sebagai ganti, kuasa besar dunia bersetuju untuk menamatkan sekatan berkaitan program nuklear Iran ke atas Tehran.

IAEA setakat ini telah berulang-kali mengesahkan komitmen Tehran berhubung perjanjian itu. Akan tetapi, Rumah Putih di bawah pentadbiran Trump enggan untuk mengesahkan kerjasama Tehran di dalam perjanjian itu. Kini Kongres A.S perlu menimbang untuk memperkenalkan semula sekatan tersebut atau tidak.

Tindakan A.S itu mengundang kritikan dunia termasuk daripada sekutu tradisi Washington seperti, Britain, Perancis, Jerman dan Kesatuan Eropah yang percaya bahawa Tehran sememangnya patuh dengan komitmen mereka terhadap JCPOA berdasarkan penilaian IAEA serta PBB. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram