Tindak Balas Keras Ke Atas Daesh Sudah Dirancang: IRGC

  • News Code : 848787
  • Source : ABNA24
Brief

Jurucakap Unit Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengatakan bahawa pihak mereka telahpun merancang sebuah tindak balas keras ke atas kumpulan pengganas Takfiri Daesh berikutan pembunuhan kejam yang mereka lakukan ke atas Syahid Mohsin Hujaji. Menurut beliau, perancangan itu akan segera dilaksanakan dalam masa terdekat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jurucakap Unit Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengatakan bahawa pihak mereka telahpun merancang sebuah tindak balas keras ke atas kumpulan pengganas Takfiri Daesh berikutan pembunuhan kejam yang mereka lakukan ke atas Syahid Mohsin Hujaji. Menurut beliau, perancangan itu akan segera dilaksanakan dalam masa terdekat.

Brigadier Jeneral Ramadhan Syariff membuat kenyataan itu ketika memberi komen berhubung tindakan balas pasukannya ke atas kekejaman kumpulan Takfiri Daesh ke atas Syahid Hujaji. "Pasdaran (IRGC) semakin bertekad berbanding sebelumnya untuk meneruskan sokongan (mereka dalam bentuk penghantaran) penasihat-penasihat ketenteraan kepada tentera Syria dan pasukan sukarelawan mereka," kata Syariff seperti yang dinukilkan oleh Sepah News pada hari Rabu.

Walaupun begitu, beliau tegas mengatakan bahawa pihaknya tidak pernah melancarkan sebarang operasi ketenteraan secara bebas tanpa koordinasi dengan pasukan tempatan di Syria. Syahid Mohsin Hujaji yang merupakan salah seorang daripada penasihat tentera Iran di Syria gugur setelah dibunuh kejam oleh kumpulan pengganas Takfiri Daesh pada minggu lalu.

Para penasihat tentera Iran di Syria dikenali sebagai Mudafi' Haram (para pengawal makam suci) di dalam dialek tempatan. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram