Tuduhan Saudi Ke Atas Tehran Tidak Berasas: Iran

  • News Code : 865378
  • Source : ABNA24
Brief

Wakil Iran ke PBB berkata bahawa tuduhan anti-Iran Arab Saudi sama sekali tidak "berasas" sambil memanggil Riyadh untuk berhenti mengancam negara-negara lain dengan tindakan ketenteraan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Wakil Iran ke PBB berkata bahawa tuduhan anti-Iran Arab Saudi sama sekali tidak "berasas" sambil memanggil Riyadh untuk berhenti mengancam negara-negara lain dengan tindakan ketenteraan.

Duta Tehran ke PBB, Gholamali Khoshroo membuat kenyataan itu pada hari Selasa di dalam sepucuk surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Antonio Guterres dan juga pengerusi Majlis Keselamatan.

"Tindakan provokasi yang dilancarkan oleh Arab Saudi tidak memiliki tujuan lain melainkan untuk mengalihkan pandangan umum kepada jenayah Riyadh ke atas Yaman," tekan beliau.

Beliau turut berkata bahawa ancaman Riyadh untuk melancarkan tindakan ketenteraan ke atas anggota PBB yang lain sama sekali bertentangan dengan piagam badan dunia itu.

Riyadh sebelum ini menuduh Iran membekalkan senjata kepada gerakan Houthi yang menurut dakwaannya adalah "tindakan kekerasan secara langsung" Tehran ke atas Arab Saudi.

Arab Saudi melancarkan serangan ke atas Yaman sejak daripada tahun 2015. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram