Umat Islam Hilang Identiti Mereka Kerana Jauh Dari al-Quran: Khamenei

  • News Code : 826417
  • Source : ABNA24
Brief

Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei memberi amaran kepada umat Islam berhubung percubaan negara Barat untuk memperolehi dominasi ke atas negara-negara Islam dari aspek politik dan ekonomi. Beliau turut berkata bahawa umat Islam perlu mempertahankan "identiti Islam" mereka sebagai perisai kepada percubaan sedemikian.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei memberi amaran kepada umat Islam berhubung percubaan negara Barat untuk memperolehi dominasi ke atas negara-negara Islam dari aspek politik dan ekonomi. Beliau turut berkata bahawa umat Islam perlu mempertahankan "identiti Islam" mereka sebagai perisai kepada percubaan sedemikian.

Ayatullah Khamenei membuat komen di atas pada hari Khamis di dalam sebuah pertemuan dengan puluhan qari dan penghafal Quran yang menghadiri Musabaqah Antarabangsa Kitab Suci al-Quran di ibu kota Iran, Tehran.

Pemimpin itu menerangkan bahawa dominasi Barat di dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan adalah sebuah cabaran besar yang mencengkam masyarakat Islam pada hari ini. Perkara itu menurut beliau merupakan telah melemahkan "identiti Islam" di dalam masyarakat tersebut.

Menurut beliau, dalam rangka mempertahankan "identiti Islam" itu, usaha besar diperlukan untuk mendapatkan pemahaman yang jelas berhubung konsep-konsep yang wujud di dalam kitab suci al-Quran sebelum menjadikannya sebagai rutin atau kebiasaan di dalam wacana umum dan antarabangsa mereka.

"Kita kini amat jauh dari al-Quran dan perkara ini menguntungkan para musuh," kata beliau lagi.

Menuru beliau, kejauhan umat Islam dari al-Quran akan menghapuskan "identiti Islam" daripada negara-negara Islam.

Ayatullah Khamenei turut mengingatkan hadirin bahawa kehilangan identiti itu di kalangan umat islam pada hari ini adalah natijah daripada pendirian lemah yang ditunjukkan oleh sebahagian negara Islam di dalam menghadapi negara Amerika Syarikat dan rejim Zionis.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram