Warga Iran Dan Sistem Pemerintahan Mereka Pemenang Sebenar Pilihan Raya: Khamenei

  • News Code : 830833
  • Source : ABNA24
Brief

Pemimpin Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei memuji rakyat Iran kerana turun beramai-ramai untuk menyertai pilihan raya di negara itu pada hari Jumaat semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei memuji rakyat Iran kerana turun beramai-ramai untuk menyertai pilihan raya di negara itu pada hari Jumaat semalam.

"Pemenang sebenar pilihan raya semalam adalah kalian semua, warga Iran dan juga (sistem) pemerintahan Islam yang berjaya meraih kepercayaan negara agung ini di sebalik usaha dan plot musuh (untuk menjatuhkannya)," kata Ayatullah Khamenei pada hari Sabtu.

Pemimpin Iran itu menambah dengan mengatakan bahawa "penyertaan beramai-ramai dan penuh ghairah" warga Iran yang berdiri di dalam barisan yang panjang di dalam pilihan raya itu adalah sebuah indikasi jelas berhubung kekuatan demokrasi Islam.

Sekitar 40 juta lebih warga Iran daripada 56 juta yang layak mengundi telahpun menunaikan kewajiban mereka kepada negara Republik Islam itu. Ini meletakkan peratusan mereka yang keluar mengundi berada di sekitar angka 70 peratus. Sebuah angka yang membanggakan bagi penduduk Iran.

Para pemerhati menyatakan bahawa kadar penyertaan ini akan membantu sistem pemerintahan Iran untuk terus kekal sekaligus mematahkan plot musuh yang mahukan rakyat Iran menghentikan sokongan mereka kepada sistem tersebut sebelum memulakan langkah untuk memusnahkannya. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram