Warga Iran Mengundi Pilih Presiden Dan Ahli Majlis

  • News Code : 830665
  • Source : ABNA24
Brief

Warga Iran pada hari Jumaat (19/05) turun ke pusat-pusat mengundi untuk memilih presiden dan ahli majlis bandar serta kampung yang baru mereka. Namun persaingan yang menjadi tumpuan adalah di antara Presiden Hassan Rouhani dan pencabarnya Syed Ebrahim Raeisi

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Warga Iran pada hari Jumaat (19/05) turun ke pusat-pusat mengundi untuk memilih presiden dan ahli majlis bandar serta kampung yang baru mereka. Namun persaingan yang menjadi tumpuan adalah di antara Presiden Hassan Rouhani yang cuba mempertahankan jawatannya dan pencabarnya Syed Ebrahim Raeisi.

Sekitar 63,500 buah pusat mengundi telah dibuka pada jam 8.00 a.m waktu tempatan pada hari Jumaat. Warga awam dilaporkan telah lama berbaris untuk mengundi calon pilihan mereka. Sekitar 56 juta warga Iran layak untuk mengundi pada tahun ini.

Dengan barisan panjang masih dilihat di pusat pengundian, pihak berkuasa melanjutkan proses pemilihan sehingga jam 12.00 malam.

Pemimpin Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei adalah antara mereka yang paling awal membuang undi di negara itu. Beliau juga menggesa seluruh rakyat jelata untuk turun beramai-ramai dalam rangka menjalankan tanggungjawab mereka sebagai warga negara Iran.

Bercakap setelah membuang undi, Khamenei berkata, "Saya bersyukur kepada Allah di atas rahmat-Nya (kepada kita) dalam bentuk demokrasi dan penyertaan beramai-ramai (warga Iran) di dalam pilihan raya. Sesungguhnya, perkara ini adalah rahmat yang besar."

"Segala pujian bagi Allah, rakyat kami sangat mensyukuri rahmat ini. Kalian melihat mereka menyertai pilihan raya ini dan nasihat saya adalah lebih ramai lagi perlu turut serta dan mereka perlu datang secepat yang mungkin (untuk menunaikan tanggungjawab ini."

"Saya percaya bahawa kerja yang baik perlu dilaksanakan secepat mungkin tanpa sebarang penangguhan. Saya juga percaya bahawa pilihan raya presiden sangat penting," tambahnya. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram