Warga Iran Tamatkan Kebimbangan Tercetusnya Perang Di Negara Itu: Khamenei

Warga Iran Tamatkan Kebimbangan Tercetusnya Perang Di Negara Itu: Khamenei

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei berkata bahawa warga Iran telah berjaya menamatkan kebimbangan ke atas kemungkinan tercetusnya perang di negara itu. Beliau berkata demikian sambil menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa kejayaan tersebut telah dicapai oleh pentadbiran tertentu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei berkata bahawa warga Iran telah berjaya menamatkan kebimbangan ke atas kemungkinan tercetusnya perang di negara itu. Beliau berkata demikian sambil menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa kejayaan tersebut telah dicapai oleh pentadbiran tertentu.

"Ada ketikanya kita mendengar bahawa sesetengah individu berkata, 'apabila kami mula mentadbir negara dan memegang tanggungjawab itu, kami telah berjaya menghilangkan kebimbangan berlakunya peperangan di negara ini,' " kata Ayatullah Khamenei kepada sekumpulan pekerja pada hari Ahad di Tehran.

"Tidak, kenyataan ini tidak benar, kehadiran warga (Iran di dalam politik negara ini) yang berjaya menamatkan kebimbangan berhubung tercetusnya peperangan, bukannya pihak berkuasa," kata Ayatullah Khamenei.

"Apabila kalian melihat musuh yang biadap dan keras kepala mengelakkan diri daripada mengambil tindakan keras ke atas Republik Islam (Iran), (ketahuilah bahawa) ini kerana kehadiran warga Iran sendiri (di dalam lapangan berbeza untuk menyokong Republik Islam ini). Mereka takut kepada warga Iran. Secara harfiahnya mereka -para musuh- ketakutan," tambahnya.

Ayatullah Khamenei membuat kenyataan itu di sebalik kempen pilihanraya yang semakin hangat di negara Islam tersebut.

Ayatullah Khamenei berkata bahawa "Warga Iran perlu memahami bahawa kehadiran mereka di dalam pelbagai lapangan sangat berpengaruh. Perkara itu berpangaruh ke atas keselamatan negara; jika rakyat jelata hadir ke pelbagai lapangan, negara ini akan kekal selamat."

"Apabila wujud jurang di antara rakyat dan pemerintah serta dalam masa yang sama bangsa Iran tidak lagi hadir menyokong kerajaan, para musuh akan melakukan apa sahaja yang mereka inginkan," katanya lagi.

Warga Iran akan pergi ke pusat mengundi untuk memilih presiden baharu mereka pada 19 Mei ini. Kehadiran mereka dianggap penting sebagai tanda bahawa mereka masih menyokong sistem pemerintahan Islam yang wujud di negara itu selepas revolusi tahun 1979 yang menjatuhkan sistem beraja.

Sekitar 55 juta warga Iran berkelayakan untuk membuang undi pada hari tersebut. Para ulama dan ahli politik berusaha sekeras mungkin menggalakkan mereka untuk menyertai pemilihan itu sebagai tanda sokongan mereka ke atas sistem politik di Iran.

Ali Khamenei turut mengatakan perkara yang sama dan mengajak warga Iran untuk turun beramai-ramai menyokong proses pemilihan di negara itu.

"Saya tidak pernah meminta kalian memilih sesiapapun. Akan tetapi, saya menyeru kalian untuk turun membuang undi. Sesiapapun yang menyintai negara ini dan keselamatannya perlu pergi ke pusat pengundian.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky