Warga Iran Turun Beramai-Ramai Ke Pusat Membuang Undi

  • News Code : 830660
  • Source : ABNA24
Brief

Menteri Dalam Negeri Iran berkata bahawa lebih daripada 20 juta warga negara itu yang layak mengundi telah membuang sejak awal pagi hingga jam 5.00 p.m waktu tempatan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Dalam Negeri Iran berkata bahawa lebih daripada 20 juta warga negara itu yang layak mengundi telah membuang sejak awal pagi hingga jam 5.00 p.m waktu tempatan.

Bercakap di hadapan pemberita pada hari Jumaat, Farhad Tajarri, jurucakap jawatankuasa sentral yang ditugaskan untuk memantau pilihan raya majlis bandar dan kampung mengatakan bahawa jumlah mereka yang membuang undi sebagai sangat besar.

Dia turut menambah dengan mengatakan bahawa jawatankuasa pemantau dan jawatankuasa eksekutif saling bekerjasama untuk memastikan kelancaran pilihan raya tersebut. Menurutnya, setakat ni tiada sebarang penipuan yang serius dilaporkan berlaku di dalam proses pilihan raya tersebut.

Pilihan Raya Presiden Iran yang ke-12 serta Pilihan Raya Ahli Majlis Bandar dan Kampung yang ke-5 bermula serentak pada jam 8.00 a.m waktu tempatan. Sekitar 63,500 pusat mengundi dibuka di seluruh negara untuk memberi peluang kepada warga Iran melaksanakan tanggungjawab mereka. Sekitar 310 buah pusat mengundi pula dibuka di 102 buah negara lain untuk warga Iran yang menetap di luar negara.

Menteri Dalam Negeri Iran turut mengumumkan bahawa proses pengundian telah dilanjutkan hingga ke jam 10.00 p.m waktu tempatan. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram