'Permainan Geopolitik Kotor', Militan Tajaan Barat Lancarkan Serangan Kimia

  • News Code : 822880
  • Source : ABNA24
Brief

Serangan kimia di wilayah Idlib yang didakwa oleh para militan telah dilancarkan oleh tentera Syria memiliki persamaan dengan serangan 'bendera palsu' yang dilancarkan oleh para militan di Ghouta pada tahun 2013, kata pakar hal-ehwal Timur Tengah, Michael Lueders kepada stesyen televisyen ZDF.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Serangan kimia di wilayah Idlib yang didakwa oleh para militan telah dilancarkan oleh tentera Syria memiliki persamaan dengan serangan 'bendera palsu' yang dilancarkan oleh para militan di Ghouta pada tahun 2013, kata pakar hal-ehwal Timur Tengah, Michael Lueders kepada stesyen televisyen ZDF.

Tindak balas A.S, Jerman dan beberapa negara Barat lain ke atas serangan kimia itu disifatkan sebagai tergesa-gesa dengan menilai sejarah operasi 'bendera palsu' yang pernah dilancarkan oleh beberapa kumpulan militan yang beroperasi di Syria, kata Leuders.

Leuders yang merupakan bekas koresponden surat khabar Die Zeit di Timur Tengah berkata bahawa tafsiran Barat ke atas setiap perkara yang berlaku di Syria mempunyai kaitan dengan objektif geopolitik mereka dan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan realiti itu sendiri.

"Sejak dari awal lagi, tafsiran Barat yang mengatakan bahawa konflik ini bermula berikutan kebangkitan warga Syria yang menentang Assad yang dianggap diktator, dan kita di Barat bertanggungjawab untuk membantu warga Syria dan membekalkan mereka dengan senjata dalam rangka mempertahankan nilai-nilai kita dalam menghadapi penzalim," kata Lueders.

"Pandangan ini sangat indah. Akan tetapi perkara ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan realiti. Sememangnya terdapat sebahagian warga Syria yang bangkit menentang Assad, bukan kesemua mereka. Dan yang paling utama, sepastinya penganut ajaran minoriti tidak menyokong perkara ini kerana mereka tahu bahawa jika kerajaan Syria jatuh, yang akan menggantikannya bukanlah 'orang baik', tetapi para militan," katanya lagi.

"Di Barat perkara ini sering tidak diendahkan; iaitu para pemberontak bukanlah pencinta demokrasi bahkan para militan yang mempunyai hubungan dengan al-Nusra dan Daesh," tambahnya lagi.

Pada Ogos 2013, Rumah Putih pernah membuat penilaian bahawa kerajaan Syria telah melancarkan serangan kimia di Ghouta sekaligus meningkatkan kemungkinan A.S menyerang tentera Syria.

Sebelum itu, pada tahun 2012, Presiden Obama pernah berkata bahawa potensi Assad menggunakan senjata kimia adalah "garisan merah" yang akan menentukan campur tangan ketenteraan Washington di negara Arab itu.

Selepas serangan di Ghouta, Pentagon membuat persediaan untuk menyerang tentera Syria. Akan tetapi Obama mengubah fikiran dengan meminta Kongres untuk meluluskan operasi itu yang mana pihak Kongres menolaknya.

Obama mengubah pendiriannya setelah medapat maklumat yang menimbulkan keraguan ke atas penilaian awal Washington yang meletakkan kesalahan ke atas tentera Syria. Bukti baharu itu menunjukkan bahawa serangan kimia itu dilancarkan oleh al-Nusra yang dibantu oleh khidmat perisikan Turki.

"Mereka mengesyaki bahawa perkara itu adalah hasil kerjasama di antara al-Nusra -sebuah kumpulan militan yang paling jahat- , yang merupakan sekutu al-Qaeda di Syria dan agensi perisikan Turki," katanya.

"Kenapa kerajaan Turki bekerjasama dengan al-Nusra? Kerana kerajaan Turki, Erdogan dan perkhidmatan perisikan mereka telah memikirkan bahawa 'kita boleh menggunakan perang di Syria untuk kebaikan kita sendiri, kita akan menggunakan para pejuang radikal untuk memerangi pihak Kurdis yang mempunyai hubungan dengan PKK.' Segalanya saling terhubung kait di dalam konflik ini, inilah sebabnya kenapa konflik itu sangat kompleks," tambahnya.

A.S melancarkan 59 buah peluru berpandu Tomahawk ke atas pangkalan udara al-Sha'irat yang terletak berdekatan Homs pada lewat hari Khamis. Presiden Trump mendakwa bahawa serangan itu adalah tindak balas Washington berikutan dakwaan bahawa Assad menggunakan senjata kimia ke atas Idlib.

Para pegawai A.S tidak membekalkan sebarang bukti untuk menunjukkan bahawa Damsyik telah melancarkan serangan kimia ke atas Idlib. Di dalam masa yang sama, pentadbiran Presiden Assad dengan mutlak menolak tuduhan itu sambil mengatakan bahawa penggunaan senjata kimia sama sekali tidak akan menguntungkan mereka.

Rusia pula menganggap tindakan unilateral dan terburu-buru A.S itu sebagai sebuah tindakan kekerasan dan pencabulan ke atas sebuah negara ahli anggota PBB. -Media

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram