2 Lagi Pesawat Boeing737-MAX 8 Rosak

2 Lagi Pesawat Boeing737-MAX 8 Rosak

Kementerian Pengangkutan Indonesia menemui ‘kerosakan kecil’, termasuk masalah pada paparan penunjuk kokpit dua pesawat lain Boeing737-MAX 8.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kementerian Pengangkutan Indonesia menemui ‘kerosakan kecil’, termasuk masalah pada paparan penunjuk kokpit dua pesawat lain Boeing737-MAX 8.

Menurut satu laporan, ia dikatakan masalah sama seperti yang berlaku kepada pesawat Lion Air yang terhempas di Laut Jawa pada 29 Oktober lalu.

Masalah itu dikesan selepas kementerian berkenaan melakukan pemeriksaan terhadap 10 pesawat baharu milik Lion dan Garuda ketika pihak berkuasa membuat analisis data daripada kotak hitam pesawat yang mengorbankan 189 nyawa itu.

Setakat ini, kementerian menemui masalah paparan kokpit pada satu pesawat manakala satu lagi mengalami kerosakan pada sistem penstabil pesawat selain memberitahu kedua-dua pesawat milik Lion itu memerlukan komponen baharu.

Penganalisis penerbangan, Dudi Sudibyo berkata, masalah paparan kokpit itu termasuk kerosakan pada kelajuan dan altitud seperti dilaporkan dalam pesawat malang terbabit.

“Ia mungkin kerosakan kecil tetapi perlu dibaiki. Walaupun terdapat masalah kecil pada pesawat, ia tidak sepatutnya diterbangkan,” katanya.

Pemeriksaan itu dilakukan selepas banyak pihak mempersoalkan kenapa pesawat Lion Air yang diselenggara beberapa bulan lalu itu terhempas ke dalam laut selepas ia berlepas.

Kotak hitam pertama milik pesawat itu ditemui, semalam oleh pihak berkuasa dan berusaha untuk mencari kotak hitam kedua. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky