Mayat Jamal Khashoggi Dilupuskan?

Mayat Jamal Khashoggi Dilupuskan?

Mayat wartawan terkenal, Jamal Khashoggi 'dilupuskan' selepas beliau dibunuh dan tubuhnya dikerat-kerat di Konsulat Arab Saudi di Istanbul, kira-kira sebulan lalu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Mayat wartawan terkenal, Jamal Khashoggi 'dilupuskan' selepas beliau dibunuh dan tubuhnya dikerat-kerat di Konsulat Arab Saudi di Istanbul, kira-kira sebulan lalu.

"Apa yang kita boleh lihat, mayatnya bukan sahaja dikerat-kerat malah 'dihapuskan'," laporan akhbar Hurriyet memetik kenyataan pegawai kerajaan, Yasin Aktay, hari ini.

Pendedahan itu menyokong teori sebelum ini yang dilaporkan Washington Post yang mendakwa mayatnya dilupuskan dengan asid.

"Berdasarkan maklumat terbaharu yang kami dapat, sebab utama mereka mengerat tubuhnya adalah untuk memudahkan pihak terlibat menghapuskannya. Mereka mahu memastikan tiada sebarang bukti yang tinggal," kata Aktay lagi yang merupakan penasihat kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Difahamkan, bukti biologi yang ditemui di taman konsulat tersebut menunjukkan mayatnya dilupuskan berhampiran tempat beliau dibunuh.

Sementara itu, tunang kolumnis Washington Post itu, Hatice Cengiz menyifatkan apa yang dilakukan ke atas mayat Khashoggi adalah sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

"Kini terpulang kepada masyarakat antarabangsa untuk mengheret pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan. Usaha itu harus diketuai Amerika Syarikat (AS)," katanya menerusi artikel diterbitkan dalam beberapa rangkaian media termasuk The Guardian.

Semalam, Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo memaklumkan Washington akan mengenakan sekatan ke atas individu bertanggungjawab.

"Ia mungkin mengambil masa beberapa minggu lagi sebelum kami mempunyai bukti kukuh untuk bertindak sedemikian. Kami akan tetap mengenakan sekatan itu," ujarnya sambil menambah Presiden Donald Trump telah berikrar untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam jenayah kejam tersebut. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky