Pusat Ilmiyah Islam Perlu Sebarkan Mesej al-Ghadir Kepada Seluruh Dunia

  • News Code : 850189
  • Source : ABNA24
Brief

Ayatullah al-Uzhma Safi Golpaygani mengeluarkan sebuah kenyataan yang menyentuh tentang tanggungjawab pusat pengajian Syiah -Hauzah Ilmiyah- di dalam menyebarkan mesej hari al-Ghadir kepada seluruh dunia. Beliau turut mengucapkan tahniah serta meluahkan rasa terima kasihnya kepada mereka yang turut serta di dalam menganjurkan hari perayaan al-Ghadir.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ayatullah al-Uzhma Safi Golpaygani mengeluarkan sebuah kenyataan yang menyentuh tentang tanggungjawab pusat pengajian Syiah -Hauzah Ilmiyah- di dalam menyebarkan mesej hari al-Ghadir kepada seluruh dunia. Beliau turut mengucapkan tahniah serta meluahkan rasa terima kasihnya kepada mereka yang turut serta di dalam menganjurkan hari perayaan al-Ghadir.

Ulama terkemuka Qom itu pada mulanya mengingatkan semua pihak bahawa hari perayaan al-Ghadir pada tahun ini kini semakin hampir dan mesej yang terkandung di dalam perayaan itu perlu disebarkan ke seluruh dunia.

"Perayaan penyempurnaan agama dan nikmat. Perayaan yang mana dengannya Tuhan yang Maha Tinggi reda dengan Islam sebagai agama buat umat manusia sehingga hari kiamat," baca kenyataan itu.

"Usaha tabligh berhubung keimamahan dan wilayah hadhrat Amirul Mu'minin, Ali a.s adalah sebuah wasilah penyempurnaan agama dan nikmat agung Tuhan yang tidak sahaja wajib dilaksanakan pada zaman kenabian. Perkara itu bahkan -menurut nas yang jelas di dalam khutbah al-Ghadir sendiri- wajib ke atas semua kaum Muslim hingga ke hari kiamat," baca kenyataan itu lagi.

Beliau kemudiannya mengatakan bahawa salah satu daripada tanggungjawab penting pusat pengajian dunia Syiah (atau lebih dikenali sebagai Hauzah Ilmiyah) adalah menyampaikan mesej al-Ghadir kepada seluruh dunia.

Menurut ulama itu, makrifat berhubung peristiwa al-Ghadir adalah sangat penting kerana perkara itu adalah satu-satunya cara untuk "menghilangkan dahaga insan yang dahagakan maknawiyah dan kebenaran."

"Pada hari ini, Hauzah Ilmiyah milik Syiah mempunyai tanggungjawab untuk menggunakan dunia siber secara maksimum dan menjadikannya sebagai instrumen sehingga pusat-pusat ilmiah dan universiti-universiti di seluruh dunia mampu mengambil faedah daripada mesej al-Ghadir.

Beliau kemudiannya menamatkan kenyataanya dengan memuji mereka yang menganjurkan perayaan besar tersebut walau dimanapun mereka berada. -ABNA24

/315






Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram