Kenyataan media Majma' Ahlul Bait tentang jenayah pengganas ISIL di Iraq

  • News Code : 623428
Brief

Majma' Jahani Ahlul Bait minta ulama bangkit menghadapi pengganas ISIL

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pertubuhan bukan kerajaan Majma' Ahlul Bait (a.s) telah mengeluarkan kecaman terhadap tindakan jenayah yang dilakukan oleh kumpulan pengganas ISIL di Iraq. Jenayah kejam yang dilakukan kumpulan ini dianggap terkeluar dari norma-norma ajaran Islam dan nilai kemanusiaan serta akhlak yang menjadi objektif pengikut agama Islam atau Kristian, Sunni mahupun Syiah.

Teks kenyataan Majma' Ahlul Bait adalah seperti berikut:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلَافٍ أَوْ يُنْفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ۚ ذَٰلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا ۖ وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh, atau dipalang, atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang, atau dibuang negeri. Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar. - Surah al-Maidah ayat 33.

Umat Islam merasa terluka dan dukacita akibat perkembangan yang mengecewakan di bumi risalah wahyu dan negara yang dihuni para Imam suci di mana kumpulan pengganas telah menjalankan kempen pengkhianat dan pengecut di ibu pertiwi tamadun kemanusiaan serta tanah air Iraq yang dikasihi.

Beberapa negara Arab pula amat berkait rapat dengan kuasa angkuh global dan Zionis. Kumpulan yang tidak beriman kepada Islam, tidak juga beramal dengan nilai kemanusiaan dan akhlak telah menjadikan penganut Syiah dan Sunni di berbagai wilayah Iraq sejak bertahun-tahun lamanya hingga ke hari ini sebagai sasaran korban sembelihan dan kezaliman di kalangan rakyat awam samada di rumah ibadah, pasar, perumahan penduduk dan lain-lain lagi.

Kami di Majma' Ahlul Bait menyatakan secara tegas dan telah memberi amaran sejak dua tahun yang silam di dalam surat terbuka kepada para ulama Islam, kerajaan Iraq, para pemimpin parti dan politik, ketua kabilah dan kelompok agama di Iraq mengenai konspirasi dan fitnah yang melanda Iraq dalam rangka menggugat keamanan dan kestabilan serta menyamun kekayaan rakyat Iraq. Kami telah meminta seluruh komponen masyarakat Iraq agar berkerja demi merealisasikan perpaduan dan saling berganding tangan untuk menghadapi cabaran Takfiri, komplot dan rancangan musuh asing bagi membangunkan Iraq yang makmur, stabil, aman, saling berkasih sayang dan bersaudara.

Kami di Majma' Jahani Ahlul Bait menyatakan sokongan kepada pendirian marja', pemimpin agama, politik dan sosial yang berpendirian memerangi pengganas, Takfiri, dan kumpulan ISIL. Mengenai perkara ini kami mengistiharkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada fatwa marja' agama Ayatullah Sayid Ali al-Sistani, yang mengistiharkan pengangkatan senjata di kalangan rakyat Iraq demi menghadapi kumpulan Takfiri yang sedang melakukan kerosakan di atas muka bumi.

Kami juga menyokong pendirian kerajaan Iraq yang gagah dan berani dalam menghadapi kezaliman pengganas Takfiri yang diupah oleh beberapa negara Arab dan asing. Kami berharap inspirasi rakyat Iraq, penganut agama Islam dan bangsa Arab terhadap keganasan mereka menjadi realiti di samping kembalinya keamanan dan kestabilan di negara yang dikasihi ini.

Dari sini, kami menyeru seluruh masyarakat antarabangsa dan pertubuhan hak asasi manusia terutama sekali para ulama Syiah dan Sunni agar menunaikan tanggung jawab kemanusiaan dan agama masing-masing terhadap pertumpahan darah penduduk awam serta mengutuk perbuatan jenayah yang berkaitan dengan kumpulan militan pengganas Salafi dan Wahabi ini, dengan menyatakan bahawa mereka adalah penjenayah perang yang melakukan kesalahan anti kemanusiaan. Sekiranya mereka tidak bangkit menghadapi jenayah kemanusiaan ini sudah tentu akan membawa kepada akibat buruk seperti nyalaan api fitnah antara puak, mazhab, suku, perpecahan Iraq, termasuk beberaa negara jiran.

Majma' Ahlul Bait
16 Syaban 1435
12 Julai 2014


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky