Amaran Majma' Ahlul Bait (a.s) terhadap pemusnahan tempat kelahiran Nabi (s.a.w)

  • News Code : 654813
  • Source : Abna.ir
Brief

Pertubuhan Majma' Jahani Ahlul Bait meminta para ulama, pertubuhan dan yayasan agama bertindak segera bagi menyelamatkan tempat bersejarah kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w).

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Berikutan usaha terbaru golongan ekstremis yang ingin merosakkan tempat bersejarah kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w) di Makkah, dengan ini pertubuhan Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) mengeluarkan kenyataan medianya seperti berikut:



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kerajaan Arab Saudi yang dipimpin oleh ulama kesultanan Wahabi bertindak merosakkan warisan Islam, pusara para wali dan sahabat serperti tempat kelahiran Rasulullah (s.a.w) sehingga dapat mereka bangunkan mahligai raja Arab Saudi di tempat tersebut.

Sumber rasmi menyatakan bahawa keluarga Sa'ud dan Wahabi di zaman pemerintahan mereka di negara Arab Saudi telah merosakkan 95 peratus tinggalan-tinggalan Islam dan kawasan bersejarah termasuk berusia ribuan tahun yang lampau. Sebagai ganti mereka telah bangunkan hotel dan pasar. Dalam projek yang diistilahkan sebagai perluasan Masjidil Haram, sebuah tiang yang pernah dibina bagi memperingati peristiwa Isra Mi'raj telah dimusnahkan.

Pemusnahan tempat kelahiran Rasulullah (s.a.w) hakikatnya adalah pemusnahan saksi Islam paling besar dan kerja-kerja ini menyakiti sensitiviti seluruh umat Islam. Bagi kita dan seluruh penyelidik sejarah tidak meragui bahawa perpustakaan yang ada sekarang adalah tapak kelahiran Rasulullah (s.a.w). Pemusnahan tempat ini mengundang akibat amat buruk dan generasi dari generasi dalang yang terlibat bakal menempa laknat.

Tapak kelahiran Rasulullah (s.a.w) di kalangan sejarahwan terdahulu dan sekarang sudah dikenal. Contohnya Ishaq dan al-Arzaqi di dalam kitab Tarikh Makkah, Al-Fasa di dalam kitab Shafa'ah, Al-Ghazi dan al-Kurdi di dalam kitab-kitab sejarah mereka telah merujuk ke tempat ini.

Tempat suci ini merupakan simbol kota suci Makkah dan terletak di satu kawasan, di samping banyak kesan-kesan sejarah yang wujud di sana di mana tidak ada ruang untuk menceritakan semuanya di sini. Berasaskan kesepakatan sejarah, di sinilah peristiwa itu terjadi dan sudah beberapa kali ia dirosakkan. Tempat kelahiran Rasulullah (s.a.w) menjadi fokus utama khalifah-khalifah Islam dan raja-rajanya. Tempat ini juga menjadi sebahagian daripada penempatan Bani Hashim yang telah dirampas secara paksa.



Amaran bahaya terdekat yang bakal dicetuskan oleh kerajaan Arab Saudi dan kumpulan bersenjata Takfiri dengan cara menyerang tempat-tempat suci Islam, pusara para Imam Ahlul Bait (a.s) termasuk para sahabat ialah mereka akan mewujudkan satu pengantar medan perang agama. Jemaah Takfiri telah menghulurkan tangan untuk memusnahkan tempat-tempat suci yang berkaitan dengan Rasulullah (s.a.w) dan kita memaklumkan kebimbangan serius terhadap pelanggaran dan penghinaan makam Rasulullah (s.a.w) serta penghancurannya.

Para penjenayah Wahabi yang sesat ini pernah bertindak memusnahkan permakaman Imam Ahlul Bait (a.s) dan para sahabat di Baqi' pada tahun 1220 Hijrah dan 1344 Hijrah. Mereka juga turut menyerang kota Karbala dan merosakkan makam Imam Husain (a.s) serta saudaranya Abul Fadhl Abbas (a.s). Golongan Takfiri telah menyembelih berpuluh-puluh umat Islam tidak berdosa dan menyamun rumah-rumah termasuk mencuri harta-harta bersejarah dari kota ini.

Takfiri yang disokong kerajaan Arab Saudi dalam beberapa bulan kebelakangan ini melakukan tindakan keji dengan menggali makam sahabat besar Rasulullah (s.a.w), iaitu Hujur bin Adi. Begitu juga beberapa tahun lalu mereka telah mengebom permakaman Imamain Askariyain di kota Samarra. Jenayah Takfiri ini disusuli dengan diamnya pertubuhan antarabangsa sehingga menimbulkan tanda tanya. Setelah diselidiki tempat-tempat dan makam-makam yang telah diserang Wahabi, jumlah kesesatan pemikiran dan akidah penjenayah ini dapat dipastikan. Sehinggakan kanak-kanak dan wanita juga tidak terlepas dari jenayah kumpulan Takfiri ini. Mereka turut memusnahkan tempat-tempat suci bukan Islam.

Oleh itu, kami memohon para marja' taqlid, para ulama, pertubuhan dan yayasan Islam di seluruh dunia melaksanakan tanggung jawab beragama dan kemanusiaan anda. Cegahilah kerajaan Arab Saudi dari memusnahkan tempat-tempat suci terutamanya simbol sejarah dan kehidupan Rasulullah (s.a.w) dengan apa jua jalan yang sesuai.

Dan golongan yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali. - Al-Syu'ara ayat 244.

Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s)
28 Muharam 1436


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky