Pertemuan bersama mufti Russia;

Akhtari: Zaman perpecaan umat telah berlalu

  • News Code : 671138
  • Source : Abna24.com
Brief

Mufti Russia menegaskan betapa pentingnya perpaduan umat Islam dalam menghadapi konspirasi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Presiden Syura Mufti Russia, Sheikh Rawi Ainudin "Majlis Syura Mufti Russia menganggap umat Islam sedunia mempunyai misi utama dalam menyatupadukan umat Islam dan menghindari perpecahan di kalangan mazhab dan puak."

"Syura mufti-mufti Russia dibentuk daripada golongan ulama Sunni dan Syiah. Setiap tahun Ahli Syiah melangsungkan sambutan-sambutannya di dalam masjid Jami' Moscow.

"Perpaduan umat Islam dan kesatuan hati dalam situasi dunia hari ini, yang mana musuh-musuh Islam sedang memberikan tumpuan dalam konspirasi dan menjatuhkan Islam serta umatnya adalah rahsia kemenangan umat Islam," kata beliau.

Sambil menceritakan betapa tulusnya politik Republik Islam Iran untuk menyatukan seluruh umat Islam terutamanya Syiah dan Sunni, beliau berkata, "Tindakan dan usaha bangsa Iran dalam perpaduan mampu menjadi contoh untuk negara-negara Islam dalam langkah-langkah yang perlu diambil terutamanya dalam menghindari perpecahan."

Pemimpin umat Islam Russia ini menambah, "Di samping memanggil umat Islam sebagai "umat yang satu', Al-Qur'an juga mengajak umat Islam ke arah perpaduan dan bersatu hati dalam barisannya."

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan Setiausaha Agung Majma' Jahani Ahlul Bait, Hujjatul Islam Muhammad Hasan Akhtari semalam.

Akhtari juga turut menyatakan kesetujuan beliau dalam perpaduan sambil menegaskan, "Zaman perpecahan umat Islam telah lama berlalu. Hari ini kita semua perlu berusaha menyatu padukan umat Islam. Perkara ini merupakan tanggung jawab berat di kalangan kerajaan-kerajaan Islam."

Beliau kemudian menceritakan aspek-aspek perpaduan memainkan peranan yang penting dalam menangani serangan kebudayaan Barat yang turut membawa dampak kerosakan sosial dalam masyarakat.

Sambil bersetuju dengan pandangan Akhtari, pemimpin umat Islam Russia berkata, "Prinsip ini tidak sekadar menyatukan umat Islam, bahkan seluruh rakyat Russia dan Iran. Misi bersama kita ialah mempertahankan dan meluaskan hubungan dalam rangka menguatkan hubungan persaudaraan dan persahabatan, serta perpaduan dan kesatuan hati dalam masyarakat."

Beliau juga turut menghargai usaha Iran dalam membangunkan masjid Jami' Moscow yang menjadi sebahagian daripada aktiviti Syura Mufti Russia.

Turut berasama dalam kunjungan ini ialah Presiden Pertubuhan Asyura, Hujjatul Islam Wal Muslimin Morsali, Duta Iran ke Russia Mahdi Sanayi dan Setiausaha Agung Asia Pasifik Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) Mahdi Jahantab.

Kira-kira 30 juta umat Islam tinggal di Russia yang kebanyakan mereka bertumpu di kawasan ibukota termasuk Moscow, Caucasus dan Volga.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky