Mufti Syria utus surat kepada Ayatullah Makarem Syirazi

  • News Code : 732978
  • Source : ABNA24.com
Brief

Mufti Am Syria mengirim surat kepada Ayatullah Makarem Syirazi yang menyadurkan ceritera perasaannya setelah beberapa hari melawat Iran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Mufti Am Syria, Dr. Ahmad Badarudin Hassoun yang baru pulang dari melawat Iran beberapa hari lalu telah mengirim sepucuk surat rasmi kepada Ayatullah Makarem Syirazi.

Berikut terjemahan surat beliau dalam bahasa Melayu:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ayatullah Makarem Syirazi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Waktu-waktu yang menyenangkan dipenuhi bersama deruan hembusan harum, jelmaan keimanan yang murni serta cerah dalam kota Qom, naungan keberkatan martabat anda, universiti anda yang meliputi kebaikan, masjid anda bersinar, ucapan anda yang menyuluh kalbu-kalbu sehingga mencerahkan harapan, maka saya juga menyentuhnya dari jarak dekat sehingga ia mencetuskan kebahagiaan. Sesungguhnya kalimah Allah adalah tinggi, selama-lamanya, dan kalimah orang yang kafir itu rendah sehinggalah Allah mewariskan bumi dan memberi anugerah.

Yang Dimuliakan;

Telah lestari dalam akal dan spiritual kami, hemat tertinggi anda yang bercahaya dengan ayat kecintaan dan keampunan dari roh anda yang berseri, sebagaimana kearifan Ilahi, ilmu syariat, hakikat iman anda yang mencetus hidayah para pelajar yang tulus ke arah jejak langkah sirah anda, menara-menaranya meninggi untuk seluruh yang meniti di jalan ini menjadi stimulasi ketaatan, konsisten, pegangan utuh terhadap al-Qur'an di lapangan akidah, iman, pematuhan hidayah kitab Ilahi ini, begitulah juga langkah yang diambil oleh Nabi (s.a.w) sebagai tauladan, contoh akhlak dan perilaku, begutilah juga kesetiaan, kecintaan, kepimpinan Ahlul bait (a.s).

Sebagai gantinya semoga Allah menganugerahkan ganjaran yang baik untuk anda, umur yang berkat demi ummat, agar cahaya hidayah membimbing para peniti jalan.

Saya berdoa agar anak-anak anda dipelihara, mereka ini menjadi kegembiraan anda, kami semua di mana pun bersama mereka dalam hati, bersama-sama di sisi kedudukan ulung anda.

SesungguhNya Dia Maha Mendengar dan Menjawab doa.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Damsyik, 21 Januari 2016
Saudaramu
Mufti Am
Presiden Majlis Fatwa Am,
Republik Arab Syria


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram