Pernyataan Majma’ Ahlul Bait (a.s);

Saudi sabotaj haji tamattu’ tahun ini

  • News Code : 757680
  • Source : Abna24.com
Brief

Pertubuhan Majma Jahani Ahlul Bait (a.s) mengeluarkan pernyataan rasmi mengenai sabotaj dan larangan perjalanan jemaah haji Iran untuk menunaikan haji tamattu’ tahun ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (a.s) – Pertubuhan Majma Jahani Ahlul Bait (a.s) mengeluarkan pernyataan rasmi mengenai sabotaj dan larangan perjalanan jemaah haji Iran untuk menunaikan haji tamattu’ tahun ini.

Pernyataan ini menjelaskan, tidak ada yang mencegah penunaian ibadah haji selain dari orang kafir dan penzalim. Haramain diperuntukkan untuk umat Islam dan perlaksanaan ibadah haji dan umrah dari seluruh dunia secara sama rata dan bebas. Pemimpin Arab Saudi di setiap zaman perlu mempermudahkan Jemaah haji Iran berasaskan fatwa semua mazhab Islam dan tidak sekali-kali berhak menghalang perlaksanaan ibadah tersebut. Malangnya hari ini kita menyaksikan rejim Al Saud yang diktator, perosak, pengrekrut dan pendukung terrorisme, pembunuh, penghapus entik manusia dan peruntuh ekonomi telah melakukan tindakan kekufuran.

Pernyataan ini mengandungi kecaman tindakan tidak waras, anti kemanusiaan dan agama yang dilakukan oleh rejim Arab Saudi terhadap Jemaah haji Iran dengan menegaskan: Beberapa tahun sudah berlalu, pihak kerajaan Arab Saudi masih tidak mampu menjaga keamanan dan keselamatan Jemaah haji, kali ini ia bertukar menjadi fir’aun yang dahagakan darah. Rejim ini lebih dari lima tahun menjajah negara Bahrain dan melakukan kezaliman, mencekik nafas dan menindas rakyat beragama Islam di negara ini dengan menggempur dan menimbulkan ketakutan. Dari satu sudut ia membela sebuah rejim kecil dan kini lebih dari setahun ia meletakkan masyarakat Yaman yang tidak ada perlindungan dalam pencerobohan darat, udara dan lautan, sementara darah ribuan insan telah ditumpahkan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

«إِنَّ الَّذينَ کَفَرُوا وَ يَصُدُّونَ عَنْ سَبيلِ اللَّهِ وَ الْمَسْجِدِ الْحَرامِ الَّذي جَعَلْناهُ لِلنَّاسِ سَواءً الْعاکِفُ فيهِ وَ الْبادِ وَ مَنْ يُرِدْ فيهِ بِإِلْحادٍ بِظُلْمٍ نُذِقْهُ مِنْ عَذابٍ أَليمٍ»(آیه 25 سوره مبارکه حج)

Sesungguhnya (amatlah zalim) orang-orang yang kafir serta menghalangi manusia dari jalan Allah (ugama Islam), dan dari memasuki Masjid Al-Haraam (Makkah) yang Kami jadikan dia tempat beribadat untuk seluruh umat manusia (yang beriman) - sama ada yang tinggal menetap di situ atau yang datang berziarah; dan sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang di larang dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya. Surah al-Haj, ayat 25.

Kami benar-benar tidak dapat mempercayai, kesal dan jauh dari sangkaan bahawa sekutu Amerika - Zionis rejim Al Saud Wahhabi dan Takfiri, tidak berkelayakan dan salah laku pentadbiran rejim tersebut dalam ritual haji tahun lalu telah menyebabkan insiden menyayat hati dan penumpahan darah yang dahsyat lebih dari 7000 orang di Mina. Sebelum dari itu, petugas lapangan terbang dan algojo buas Al Saud mencabul kehormatan penunai umrah. Ribuan perbuatan keji telah mereka lakukan sehingga menyebutnya adalah suatu yang aib. Rejim ini Rejim ini dalam tindakan tidak Islamik, bercanggah dengan standard dan tidak berperi kemanusiaan telah menghalang penunaian ibadah haji dan visa penziarah Iran ke Baitullah al-Haram. Penunaian fardhu haji tidaklah dicegah melainkan orang kafir dan para penzalim. Haramian yang mulia diperuntukkan untuk seluruh umat Islam, penunaian ibadah haji dan umrah untuk seluruh umat Islam dari seluruh dunia sepatutnya tidak berat sebelah dan bebas. Para pemerintah Arab di setiap zaman perlu menyediakan kemudahan jemaah Jemaah haji berasaskan fatwa seluruh mazhab Islam. TIdak ada satu zamanpun mereka berhak mencegah penunaian haji.

Malangnya hari ini, kita menyaksikan rejim Al Saud telah melakukan tindakan berbaur kekafiran dengan sabotaj, pemusnahan, mendidik terrorisme, menyokong keganasan, membunuh, menghancurkan, membasmi keturunan insan dan meruntuhkan ekonomi.

Penghuni dunia tahu Mekah dan Madinah berasaskan nas ayat al-Qur’an merupakan tempat-tempat agama yang diberkati. Ia tertakluk kepada seluruh umat Islam sedunia. Tidak ada pemerintah yang berhak menghalang dan mencegah penunaian ibadah haji. Sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh rejim Al Saud di tahun-tahun lalu tidaklah menunjukkan ia berpegang dengan mana-mana kriteria agama dan kanun Islam. Dengan sabotaj dan halangan menerima Jemaah haji Iran tanpa hak, maka rejim tersebut telah melakukan kezaliman terhadap bangsa Iran yang tidak dapat dimaafkan lagi.

Pada tahun-tahun lalu, rejim Saudi juga tidak mampu menjaga keamanan dan keselamatan Jemaah haji. Hari ini rejim ini telah bertukar sebagai fir’aun yang dahaga darah di kawasan tersebut. Rejim ini lebih dari lima tahun menceroboh Bahrain secara zalim, mencekik nafas dan menindas. Dengan membela seluruh aspek rejim Al Khalifah, penduduk Muslim negara ini digempur dan digertak oleh rejim minoriti dan perampas. Sekarang, lebih dari setahun penduduk yang tidak berdaya Yaman berada dalam pencerobohan dan kekejaman melalui darat, udara dan laut. Ribuan orang telah ditumpahkan darahnya.

Demikianlah juga rejim ini menghulurkan sokongan dana, politik, senjata dan kemudahan kepada kumpulan-kumpulan pengganas seperti ISIS di Syria, Iraq dan Yaman dengan fatwa-fatwa mufti kerajaan, mereka membahayakan nyawa umat Islam dan meruntuhkan negara. Dari sudut tersebut, rejim ini adalah reality ayat 205 surah al-Baqarah kerana mencetuskan fitnah dan kerosakan di muka bumi:

«وَإِذا تَوَلّىٰ سَعىٰ فِي الأَرضِ لِيُفسِدَ فيها وَيُهلِكَ الحَرثَ وَالنَّسلَ ۗ وَاللَّهُ لا يُحِبُّ الفَسادَ»(سوره مبارکه بقره آیه ۲۰۵)

Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan. (al-Baqarah ayat 205)

Jelas sekali, kerajaan jahiliyah ini tidak legitimasi kerana menumpahkan darah umat Islam di berbagai negara-negara Islam dengan perang saudara. Tidak ada kebaikan untuknya menjaga tanah suci Haramain terutama dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Umat Islam menyaksikan kesan pembunuhan ribuan Jemaah haji di Baitullah al-Haram akibat kesan betapa tidak layaknya rejim ini memerintah, begitu juga salah laku mentadbir dan tidak peduli akan tanggung jawabnya. Tragedi menyayat hati dalam Masjidil Haram dan insiden di Mina pada tahun lalu merupakan contoh-contohnya iaitu rejim ini tidak bersedia untuk menyelamatkan mereka yang masih hidup dan cedera. Ia tidak belas kasihan dengan mereka dan puluhan orang yang cedera ditanam hidup-hidup.

Sekarang rejim yang tidak berperi kemanusiaan dan pelahap darah ini mengeksploitasi berbagai alasan demi menghalang jemaah Iran mengerjakan ibadah haji. Berasaskan ayat:

ٱلَّذِينَ يَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًۭا وَهُم بِٱلاخِرَةِ هُمْ كَاٰفِرُونَ»(آیه 45 سوره مبارکه اعراف)

Iaitu mereka yang menghalang (dirinya sendiri dan juga orang lain) dari menurut jalan Allah, dan mencari helah menjadikan jalan itu bengkok terpesong, sedang mereka pula tidak percayakan hari akhirat. (al-A’raf, ayat 45)

Dengan ini, pertubuhan Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s) mengecam tindakan tidak waras, anti kemanusiaan dan agama yang dilakukan rejim Arab Saudi terhadap jemaah haji Iran. Ia memberi amaran agar rejim ini menarik balik tindakan tidak syar’i dan tidak legitimasi. Rejim ini akan menanggung sebarang kemungkinan akibatnya.

Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s) juga meletakkan perkara-perkara berikut untuk perhatian, berasaskan tanggung jawab keislaman, syariat, masyarakat antarabangsa, pemikiran umum dan umat Islam:

1. Kami meminta para ulama yang a’lam, mufti-mufti seluruh dunia, imam jumaat, Jemaah dan hawzah-hawzah agama agar menyedari tanggung jawab agama masing-masing. Mereka hendaklah menyatakan reaksi terhadap tindakan tidak Islamik yang dilakukan oleh Al Saud dan mengecam aksi-aksi bebal ini, sambil memaklumkan rasa jijik terhadap sikap yang tidak berteraskan Islam tersebut.

2. Kami meminta negara-negara Islam supaya berhenti berdiam diri dan tidak sikap acuh tak acuh. Beramallah dengan kewajipan agama dan resam diri. Jangan biarkan tindakan diktator dan kejam Al Saud dalam upacara haji berterusan. Ambillah pendirian demi mempertahankan kehormatan, darah rakyat dan para penziarah Baitullah yang lain.

3. OIC perlu melaksanakan tanggungjawab menurut piagamnya. Demi keamanan, ketenangan dan kemuliaan umat Islam dalam menghadapi jenayah Al Saud, berusahalah agar negara ini tidak lagi mengulangi aksi jenayah dan mengumumkan rekod rejim ini terhadap umat Islam dan Baitullah al-Haram sebagai jenayah.

4. Republik Islam Iran bertanggung jawab menunaikan tanggung jawab agama dan kemanusiaannya dalam menghadapi rejim penceroboh seperti Zionis dan diktator-diktator serantau. Ia tetap membela golongan tertindas di atas muka bumi bersama seperti rakyat Lubnan, Palestin dan resistensi Islam dalam menghadapi rejim Zionis. Ia harus meminta negara-negara Islam menunaikan kewajipannya dan berasa sensitive terhadap bahayanya tindakan berat sebelah Arab Saudi. Tidakkah sebahagian negara-negara Islam patut merasa malu apabila tidak menunjukkan reaksi apabila jemaah hajinya menjadi korban rejim Arab Saudi ketika menunaikan ibadah? Sehingga ke tahap mereka tidak bersedia menyerahkan jenazah warganegaranya, atau hakikat ini tidak diberitakan kepada rakyatnya?

5. Kami meminta daripada masyarakat hak asasi manusia dan yayasan antarabangsa agar berjuang mengamalkan kewajipannya dalam menghadapi jenayah rejim Arab Saudi yang mencegah penunaian fardhu haji serta menutup jalan Allah.

6. Kami meminta aktivis kebudayaan, ahli politik, ahli parlimen, para ustaz, mahasiswa dan seluruh penduduk Islam supaya tindakan keji Arab Saydu dijelaskan samada melalui berbagai medium misalannya makalah, seminar, forum, wawancara dalam media perhubungan sosial mahupun alam siber. Bertindaklah sebagaimana wasiat Amirul Mukminin Ali (a.s) kepada anak-anak beliau:

کونا للظالم خصماً و للمظلوم عوناً

Berseterulah dengan orang zalim dan bantulah orang tertindas.


«وَ قل اعملوا فسیری الله عملکم و رسوله والمؤمنون و ستردون الی عالم الغیب والشهاده فینبئکم بما کنتم تعملون»(سوره مبارکه توبه آیه 105)

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".

Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s)
30 Mei 2016


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram