Kementerian Kebudayaan Mesir pertahan kitab Syiah

  • News Code : 733507
  • Source : ABNA24.com
Brief

Kementerian Kebudayaan Mesir iktiraf khazanah ilmu Syiah

gensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ketika gerakan Wahabi melancarkan kempen anti Syiah besar-besaran di Mesir, Menteri Kebudayaan negara ini berkata, "Mazhab Syiah merupakan salah satu dari mazhab-mazhab Islam yang diajar di Universiti al-Azhar. Tiada siapapun yang berhak melarang kitab mazhab ini."

Helmi al-Namnam turut mengulas tentang sayembara anti Syiah di Mesir dengan berkata, "Saya tidak dapat bercakap tentang larangan penyebaran kitab ilmiah Syiah kerana saya tidak berseteru dengan Syiah yang merupakan sebuah mazhab."

Baru-baru ini, sebuah sayembara bertemakan "Faktor penyebaran Syiah dalam masyarakat Ahli Sunnah indikasi bahaya dan cara menghadapinya" telah diatur, namun ianya dibatalkan atas bantahan Dewan Waqaf Ahlisunnah Iraq. Dewan tersebut juga menghadiahkan sebuah kitab yang berjudul akidah Syiah kepada Universiti al-Azhar.

Dalam wawancara bersama televisyen Sada El Balad, beliau berkata, "Setiap syarikat penerbit yang menyebarkan ekstremisme akan digantung penyertaannya dalam pameran buku di Kaherah. Namun ada kitab ilmiah dalam pameran yang menganalisa mazhab Syiah sebagai acauan mazhab-mazhab Islam, ia tidak dapat dilarang kerana tiada sesiapa berhak berbuat demikian."

Para penganalisa politik menyifatkan kenyataan beliau sebagai pengiktirafan tentang khazanah ilmu kitab Syiah yang sarat dengan argumen kukuh dan tidak dapat disangkal mana-mana kelompok esktrem seperti Wahabi.

Penyelidik agama Islam, Sheikh Uqail Hamdani berkata, "Tindakan anti Syiah baru-baru ini di al-Azhar bertujuan mendapatkan dana berterusan daripada pihak rejim negara-negara Arab untuk yayasan-yayasan agama Mesir. Dolar-dolar hasil penjualan minyak telah menyebabkan perubahan dalam garis kesederhanaan Universiti al-Azhar. Kitab-kitab karya ulama Syiah pernah memenuhi perpustakaan al-Azhar sehingga tahun 50-an. Usaha al-Azhar memerangi Syiah melarang kitab Syiah atau menuduh Syiah sebagai kafir menyebabkan Syiah tersebar di kalangan penduduk Mesir dan rantau ini."


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram