32 askar Niger maut dibunuh Boko Haram

  • News Code : 758163
  • Source : Berita Harian
Brief

PERTUBUHAN bukan kerajaan mengadakan tunjuk perasaan Niamey, Niger bagi membantah serangan pejuang Boko Haram yang mengakibatkan tentera Niger dan Nigeria terbunuh. - Foto Reuters

NIAMEY: Seramai 32 askar terbunuh dalam pertembungan dengan pejuang Boko Haram di sempadan Niger dengan Nigeria, kata kementerian pertahanan hari ini, satu daripada serangan dahsyat dilakukan militan.

Di negara jiran Nigeria, tentera berkata, ia membunuh 19 militan Boko Haram dalam satu pertempuran berasingan di timur laut Borno, sementara dua askar cedera akibat terkena tembakan.

Dalam pertempuran di Niger, "beratus penyerang" menyerang sebuah pos tentera di bandar Bosso petang semalam, kata kementerian pertahanan dalam satu kenyataan, memberi satu "angka sementara" 32 askar terkorban manakala 67 cedera.

"Di pihak musuh, beberapa yang maut dan cedera dibawa pergi," kata kementerian. -AFP


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky