Ketegangan antara rejim Nigeria dan penganut mazhab Syiah kembali meningkat.

Pihak Berkuasa Nigeria Lepaskan Tembakan Ke Arah Para Peserta Majlis Asyura.

  • News Code : 785011
  • Source : Presstv
Brief

Pihak berkuasa Nigeria dilaporkan telah melepaskan tembakan ke arah para peserta sebuah rapat umum yang berlangsung demi memperingati tragedi Asyura.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa Nigeria dilaporkan telah melepaskan tembakan ke arah para peserta sebuah rapat umum yang berlangsung demi memperingati tragedi Asyura. Menurut Presstv, insiden itu dikatakan berlaku di bandar Kaduna dan Funtua.

Pembunuhan itu berlaku pada hari Rabu lepas apabila para peserta tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa yang melarang upacara itu dilangsungkan. Upacara tersebut dilangsungkan oleh sebahagian umat Islam di seluruh dunia demi memperingati tragedi yang menimpa imam Hussein di Karbala pada tahun 61 Hijrah.

Sebelum ini, ketegangan di antara pihak berkuasa dan penganut mazhab Syiah sememangnya sudah wujud berikutan tindakan rejim tempatan yang menahan cendiakawan besar Syiah iaitu Syeikh Ibrahim Zakzaky. Penganut mazhab Syiah serta sebahagian masyarakat Nigeria dan dunia menuntut supaya rejim di Nigeria membebaskan beliau.

Insiden pada Rabu lepas menghidupkan semula kenangan penduduk Nigeria kepada tragedi pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera Nigeria ke atas penganut mazhab Syiah pada Disember 2015.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky