Amnesty Gesa Kerajaan Nigeria Bebaskan Syeikh Zakzaky

  • News Code : 805391
  • Source : ABNA24
Brief

Amnesty International telah menyeru kerajaan Nigeria untuk untuk mematuhi perintah mahkamah yang mengarahkan mereka untuk menghentikan penahanan tidak sah ke atas Syeikh Ibrahim Zakzaky yang merupakan salah seorang daripada ulama penting negara tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amnesty International telah menyeru kerajaan Nigeria untuk untuk mematuhi perintah mahkamah yang mengarahkan mereka untuk menghentikan penahanan tidak sah ke atas Syeikh Ibrahim Zakzaky yang merupakan salah seorang daripada ulama penting negara tersebut.

"Zakzaky ditahan secara tidak sah," kata pengarah Amnesty Nigeria, Makmid Kamara pada hari Isnin. Dia menambah dengan berkata bahawa kegagalan kerajaan Nigeria untuk mematuhi keputusan itu akan menunjukkan kepada semua pihak bahawa mereka secara terang-terangan menghina mahkamah yang sebelum ini mengumumkan bahawa penahanan beliau dan pengikutnya adalah tidak sah serta tidak mengikut norma perlembagaan.

Sebelum ini, sebuah mahkamah di Abuja telah memberikan tempoh 45 hari kepada kerajaan Nigeria untuk membebaskan Syeikh Zakzaky dan ratusan lagi pengikutnya. Tempoh pelaksanaan perintah mahkamah itu akan tamat pada hari Isnin ini.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky