Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Penyandang jawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tidak akan mampu untuk menutup penjara tentera di Teluk Guantanamo sebelum penggalnya tamat. Perkara itu diakui oleh Rumah Putih sendiri.
"Pada masa ini, saya tidak menjangkakan bahawa beliau akan berjaya di dalam objektifnya untuk menutup penjara tersebut. Akan tetapi, bukan kerana kurang mencuba," kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Josh Earnest pada sidang akhbar terakhirnya pada hari Selasa.
Obama yang hanya memiliki dua hari sebelum menamatkan penggal terakhirnya telah gagal untuk memenuhi janji pilihan raya presiden tahun 2008 untuk menutup penjara tersebut.
"Satu-satunya sebab mengapa perkara ini tidak menjadi kenyataan adalah kerana permainan politik oleh ahli Kongres daripada kedua-dua parti," kata Earnest.
Obama pernah mengatakan bahawa fasiliti tersebut banyak membazirkan bajet negara sambil menambah bahawa penjara itu turut merosakkan imej A.S di luar negara.
Sebelum ini, Senat A.S turut mengakui bahawa para tahanan itu sering disiksa di penjara yang dibina oleh bekas Presiden A.S, George Bush selepas serangan 9/11.
Para penggubal undang-undang daripada parti Republikan juga pernah menolak usul Obama untuk memindahkan para tahanan di Guantanamo ke fasiliti yang wujud di negara A.S dengan alasan usul itu akan mendatangkan bahaya kepada keselamatan negara.
Obama Gagal Tutup Penjara Teluk Guantanamo
Januari 18, 2017 - 10:31 PM- News Code : 805786
- Source : ABNA24
Penyandang jawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tidak akan mampu untuk menutup penjara tentera di Teluk Guantanamo sebelum penggalnya tamat. Perkara itu diakui oleh Rumah Putih sendiri.

Artikel berkaitan
-
-
Assange Dakwa Obama Sasarkan Anaknya
Januari 5, 2017 - 8:09 AM -
Obama Sahkan Beri Ucapan Selamat Tinggal Pada 10 Januari
Januari 2, 2017 - 10:18 PM -
Pentadbiran Obama Kenakan Sekatan Baru Ke Atas Rusia
Disember 30, 2016 - 8:35 AM
Kirim komen anda
Galeri
-
Februari 16, 2019 - 4:38 PMBerita Bergambar: Pembahagian Makanan Kepada Warga Sana'a, Yaman
-
Februari 15, 2019 - 8:43 PMBerita Bergambar: Suasana Di Karbala, Iraq